Judul : Kembalikan hak peneroka, hentikan dasar lantik orang politik terajui Felda
link : Kembalikan hak peneroka, hentikan dasar lantik orang politik terajui Felda
Kembalikan hak peneroka, hentikan dasar lantik orang politik terajui Felda
AKMAL HAZIQKetua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Syed Ibrahim Syed Noh menggesa supaya dasar melantik orang politik untuk menerajui Felda dihentikan.
“Saya menuntut agar keadilan dan hak mutlak peneroka dikembalikan dan dasar melantik orang-orang politik yang tidak berkelayakan dalam badan induk Felda itu dihentikan.
“Dengan itu, semoga kekayaan Felda dapat dimanfaat dan peneroka dapat dibebaskan daripada beban hutang yang tidak habis-habis,” kata beliau dalam kenyataan medianya pada 22 Disember lalu merujuk kepada pendedahan Berita Harian mengenai penjualan hartanah milik Felda di Jalan Semarak.
Kata beliau, negara sekali lagi dikejutkan dengan skandal yang bertimpa-timpa yang didakwa melibatkan pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) terutama setelah estet terbesar Melayu itu diurus tadbir oleh Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).
“Meskipun katanya tindakan telah diambil dan laporan polis dibuat, namun kenyataan Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad bahawa beliau tidak tahu bagaimana penukaran hak milik tanah milik Felda di Jalan Semarak bernilai RM270 juta itu boleh berlaku tidak dapat diterima akal dan menimbulkan banyak tanda tanya.
“Saya meragui kenyataan Pengerusi Felda bahawa badan tersebut tidak dapat duit hasil penjualan hartanah di Jalan Semarak seperti didedahkan media kelmarin. Yang paling dibimbangi jika duit hasil jualan berkenaan dirembat oleh orang dalam Felda sendiri.
“Tidak cukup dengan isu pembelian hotel di London sebagai pelaburan yang bernilai lebih RM1 billion yang terpaksa dijual semula dan kemungkinan ada elemen penyelewengan, hari ini empat bidang tanah milik Felda juga telah dijual,” kata beliau.
Menurut Syed Ibrahim, syarikat yang dilantik FGV, Synergy Promenade Sdn Bhd yang memperolehi Surat Kuasa (Power of Attorney) daripada Felda kelihatannya telah melakukan satu transaksi pertukaran nama yang jelas di Pejabat Tanah tanpa elemen “fraud” atau penipuan.
“Masalahnya syarikat tersebut dipercayai dikuasai oleh kroni Tan Sri Isa Samad yang ketika itu merupakan Pengerusi Felda dari tahun 2011 hingga Januari 2017. Tan Sri Isa juga merupakan Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga 2017.
“Persoalan yang timbul sekarang ialah berhubung dengan integriti pengurusan keseluruhan badan induk Felda itu yang mana ia berkaitan dengan menteri, timbalan menteri dan lantikan politik yang dibuat.
“Sampai bilakah perkara pecah amanah harta rakyat ini dengan sengaja mahu terus dilakukan oleh mereka yang memegang kuasa dalam Felda?” katanya lagi.
Peneroka menjadi mangsa kepada kegelojohan mereka hingga terpaksa menanggung bebanan kehilangan harta benda dan hutang yang bertimpa-timpa, sambung beliau.
“Soal kewangan dan hartanah Felda adalah soal peneroka Felda. Sampai bilakah kita mahu melihat peneroka diperdaya pihak pengurusan yang perlantikannya dibuat orang politik dengan asas yang kabur?” katanya.
Demikianlah Artikel Kembalikan hak peneroka, hentikan dasar lantik orang politik terajui Felda
Sekianlah artikel Kembalikan hak peneroka, hentikan dasar lantik orang politik terajui Felda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kembalikan hak peneroka, hentikan dasar lantik orang politik terajui Felda dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/kembalikan-hak-peneroka-hentikan-dasar.html