Kerana anak Rafizi sanggup tanggung risiko

Kerana anak Rafizi sanggup tanggung risiko - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerana anak Rafizi sanggup tanggung risiko, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerana anak Rafizi sanggup tanggung risiko
link : Kerana anak Rafizi sanggup tanggung risiko

Baca juga


Kerana anak Rafizi sanggup tanggung risiko





Walaupun mengakui kadang kala dilanda perasaan marah, bosan dan kecewa kerana merasakan usahanya sebagai wakil rakyat tidak berbaloi ekoran risiko yang terpaksa ditanggung, anak menjadi sumber kekuatan kepada ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli untuk mengharungi cabaran sebagai ‘whistle blower’.

Meluahkan perasaannya dalam catatan di facebook, Rafizi berkata, beliau akan menjadi seorang yang ‘kufur nikmat’ jika tidak menabur bakti kepada orang ramai yang tidak bernasib baik seperti beliau.

“Saya di mahkamah sepanjang minggu lepas, minggu ini dan minggu depan untuk beberapa kes bersabit skandal NFC dan isu kelewatan pembayaran pencen tentera.

“Saya manusia biasa yang kadang-kadang ada perasaan marah, bosan, kecewa dan macam-macam.
“Saya bukanlah manusia kalau sekali pun saya tidak pernah berasa usaha saya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat sebaiknya adalah tidak berbaloi; kerana risiko yang saya tanggung,” ujar naib presiden PKR itu.
Menurut Rafizi, beliau hanya perlu melihat beberapa gambar anaknya untuk mengingatkan bahawa Allah telah memberi rahmat yang cukup besar kepada beliau.

“Kalau saya tidak menggunakan sedikit kelapangan yang saya ada untuk menabur bakti kepada orang ramai yang tidaklah bernasib baik seperti saya, seolah-olah saya kufur nikmat.

“Allah memberi rahmat kepada kita dalam bentuk yang jarang kita sedari.

“Apa yang kita rasa susah adalah satu ujian untuk melatih kita menjadi lebih kental, rahmat-Nya agar kita menjadi orang yang lebih baik,” ujar pengasas Invoke itu.

Hidup yang senang, kata Rafizi adalah ujian agar seseorang berkongsi kesenangan itu dengan orang lain, kerana manusia akan mati.

Seseorang itu, katanya hanya boleh berdoa agar Allah membuka hati orang lain supaya berbakti kepada anak yang tinggal seperti mana seseorang itu pernah cuba berbakti kepada masyarakat.

“”Keredhaan dengan ketentuan Allah itu adalah rahsia kebahagian hidup,” katanya.



Demikianlah Artikel Kerana anak Rafizi sanggup tanggung risiko

Sekianlah artikel Kerana anak Rafizi sanggup tanggung risiko kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerana anak Rafizi sanggup tanggung risiko dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/kerana-anak-rafizi-sanggup-tanggung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :