Kes Anwar: Campur tangan pihak luar hina undang-undang Malaysia

Kes Anwar: Campur tangan pihak luar hina undang-undang Malaysia - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Anwar: Campur tangan pihak luar hina undang-undang Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Anwar: Campur tangan pihak luar hina undang-undang Malaysia
link : Kes Anwar: Campur tangan pihak luar hina undang-undang Malaysia

Baca juga


Kes Anwar: Campur tangan pihak luar hina undang-undang Malaysia

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Penglibatan peguam hak asasi manusia Amerika Syarikat (AS) Kimberley Motley dalam mendesak pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai satu bentuk cubaan campur tangan sistem perundangan Malaysia.
 
Pensyarah Kanan Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Salawati Mat Basir berkata, pertikaian berhubung isu berkenaan juga dianggap telah menghina dan melangkaui keputusan yang telah diputuskan mahkamah.
 
"Saya melihatnya sebagai campur tangan dalam isu perundangan negara sebab kita apa pun sudah ikut lunas-lunas yang ada. Ikut perundangan dan perintah mahkamah yang telah dikeluarkan.
 
"Kalau yang membuat rayuan itu peguam tempatan saya faham. Ini peguam luar dan kemudian nak dia (Anwar Ibrahim) bebas, siapa dia sebenarnya? Dia tiada hak dan tidak beramal pun di Malaysia. 
 
"Ini jelas menghina sebenarnya kepada keputusan mahkamah yang telah dibuat kemudian cuba mencampuri urusan perundangan negara dan tidak sensitif dengan kedaulatan negara," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Mengulas berkenaan dakwaan bahawa Anwar merupakan 'tahanan politik', Salawati bagaimanapun menyangkal perkara berkenaan.
 
Jelasnya pada Februari 2015 lepas, ketua pembangkang itu dijatuhkan pertuduhan atas kesalahan meliwat yang mana jelas tidak wujud sebarang konspirasi politik seperti didakwa.
 
"Kita tengok adakah selama ini Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa atas kesalahan politiknya? Tidak, dia didakwa atas kesalahan liwat. Jadi keputusan yang dibuat itupun kerana kesalahannya meliwat bukan kesalahan politik dia. Walaupun ada pihak yang cuba kaitkannya daripada insiden bermulanya dia dibuang daripada kerajaan Malaysia pada tahun 1998.
 
"Jadi pada saya hanya kerana mereka suka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membela pembangkang ianya tidak bermakna mereka harus campur tangan dan 'mengarahkan' kerajaan dan badan perundangan kita untuk buat ikut keadaan yang mereka mahu," tambahnya.
 
Motley yang mewakili Anwar secara pro bono sejak 7 September lalu, mempertikaikan halangan terhadap beliau untuk bertemu dengan anak guamnya selain menyifatkan halangan itu sebagai tidak wajar.
 
Peguam yang berpengkalan di AS itu turut mengkritik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana menghalang beliau melawat Anwar di Penjara Sungai Buloh. 
 
Beliau bersama Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengeluarkan kenyataan menggesa Putrajaya mengkaji pembebasan segera Anwar.
 
Usaha mendesak pembebasan Anwar tanpa syarat disuarakan sekali lagi turut dikritik pelbagai pihak. 
 
Termasuk Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang membidas Motley kurang ajar, sombong dan bongkak kerana mengkritik peraturan penjara di Malaysia.
 
Anwar, 70, dijatuhkan hukuman lima tahun penjara kerana meliwat Mohd Saiful Bukhari, 30, di kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.
 
Beliau yang sedang menjalani hukumannya di Penjara Sungai Buloh dijangka dibebaskan pertengahan tahun depan atas dasar berkelakuan baik.
 
 


Demikianlah Artikel Kes Anwar: Campur tangan pihak luar hina undang-undang Malaysia

Sekianlah artikel Kes Anwar: Campur tangan pihak luar hina undang-undang Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Anwar: Campur tangan pihak luar hina undang-undang Malaysia dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/kes-anwar-campur-tangan-pihak-luar-hina.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :