Judul : Kota Belud banjir lagi
link : Kota Belud banjir lagi
Kota Belud banjir lagi
ANTARAPOSKOTA KINABALU: Kota Belud yang baru pulih daripada banjir pada Jumaat lalu, kini dilanda banjir lagi sekali.
Seramai 127 mangsa banjir daripada 67 keluarga di Kota Belud ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Masyarakat Tun Said hingga 6.30 pagi tadi.
Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, PPS Dewan Masyarakat Tun Said mula menerima mangsa kira-kira 10 malam tadi akibat banjir yang melanda 14 kampung di daerah berkenaan.
Di Penampang, setakat 8 pagi tadi, lima mangsa banjir daripada sebuah keluarga ditempatkan di PPS Resthouse Kompleks Lembaga Sukan Penampang.
PPS itu dibuka kira-kira 8 malam tadi apabila sembilan kampung di daerah berkenaan terjejas banjir.
Demikianlah Artikel Kota Belud banjir lagi
Sekianlah artikel Kota Belud banjir lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kota Belud banjir lagi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/kota-belud-banjir-lagi.html