Mahkamah Agung AS lulus sekat 6 negara Muslim

Mahkamah Agung AS lulus sekat 6 negara Muslim - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Agung AS lulus sekat 6 negara Muslim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Agung AS lulus sekat 6 negara Muslim
link : Mahkamah Agung AS lulus sekat 6 negara Muslim

Baca juga


Mahkamah Agung AS lulus sekat 6 negara Muslim

MALAYSIAKINI



GLOBAL l Mahkamah Agung AS semalam memberi kemenangan kepada Presiden Donald Trump dengan meluluskan sekatan masuk ke negara itu terhadap rakyat dari enam negara majoriti Muslim yang akan berkuatkuasa serta merta meski perbicaraan mencabar keputusan itu masih berjalan di mahkamah peringkat lebih rendah.

Mahkamah yang terdiri daripada enam anggota, dengan dua hakim tidak bersetuju, meluluskan permintaan menggugurkan dua injuknsi mahkamah peringkat lebih rendah yang telah menyekat sebahagian larangan itu, yang merupakan versi ketiga dari dasar yang ingin dilaksanakan Trump seminggu selepas menjadi presiden.

Tindakan mahkamah tinggi itu bererti sekatan itu akan dikuatkuasakan terhadap rakyat dari negara Chad, Iran, Libya, Somalia, Syria dan Yemen yang ingin masuk ke AS. Presiden parti Rebublikan itu berkata larangan berkenaan diperlukan bagi melindungi AS daripada pengganas militan Islam.

Dalam satu kenyataan, peguam negara AS Jeff Session menyifatkan tindakan mahkamah itu sebagai “kemenangan penting bagi memastikan keselamatan rakyat Amerika.”

Sessions berkata pentadbiran Trump yakin majoriti hakim “membenarkan pengisytiharan yang mengikut undang-undang oleh presiden bagi memastikan keselamatan negara kita dikuatkuasakan.”

Sekatan itu sebelum ini dicabar dalam beberapa saman berasaingan oleh Hawaii dan Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU). Kedua-dua pencabar itu berkata sekatan terbaru itu, seperti sekatan sebelum ini, mendiskriminasi Muslin yang bertentangan dengan Perlembagaan AS dan tidak boleh dilakukan mengikut undang-undang imigresen.

Ketika bertanding sebagai calon presiden, Trump berjanji akan melaksanakan “sekatan sepenuhnya terhadap orang Islam memasuki AS”. Pada minggu lalu, Trump berkongsi klip video anti-Muslim yang dikirim pemimpin parti konservatif Britain.



Demikianlah Artikel Mahkamah Agung AS lulus sekat 6 negara Muslim

Sekianlah artikel Mahkamah Agung AS lulus sekat 6 negara Muslim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Agung AS lulus sekat 6 negara Muslim dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/mahkamah-agung-as-lulus-sekat-6-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :