Malaysia tutup tirai 2017 dengan penipuan libatkan tanah persekutuan

Malaysia tutup tirai 2017 dengan penipuan libatkan tanah persekutuan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia tutup tirai 2017 dengan penipuan libatkan tanah persekutuan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia tutup tirai 2017 dengan penipuan libatkan tanah persekutuan
link : Malaysia tutup tirai 2017 dengan penipuan libatkan tanah persekutuan

Baca juga


Malaysia tutup tirai 2017 dengan penipuan libatkan tanah persekutuan



Malaysia tutup tirai 2017 dengan penipuan libatkan tanah persekutuan



Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, tahun 2017 menutup tirai di Malaysia dengan persembahan penipuan melibatkan tanah persekutuan.

“Tanah yang nilai semasa sekarang RM1 bilion milik Felda di pusat bandaraya Kuala Lumpur telah ‘dijual’ kepada syarikat Synergy Promenade Sdn Bhd, sebuah syarikat pemaju yang entah dari mana datangnya, tanpa sebarang bayaran.

“Hakmilik tanah terbabit dipindahkan dengan dokumentasi yang lengkap. Ertinya, mustahil bagi Felda untuk mendapatkan semula tanah tersebut kecualilah kalau Synergy Promenade
mengembalikan tanah itu dengan rela hati,” kata peguam DAP itu dalam kenyataan medianya hari ini.

Kelmarin kata beliau, pengerusi Felda yang baharu, Tan Sri Shahrir Samad pula telah menambah jenaka kepada penipuan hartanah terbesar tahun ini.

“Beliau secara berseloroh sebenarnya memberitahu bahawa Felda sedang mengambil langkah-langkah untuk membatalkan surat kuasa wakil penuh (PA) yang telah diberikan kepada Synergy Promenade tiga tahun lalu, berdasarkan nasihat Jabatan Peguam Negara.

“Jenaka yang tidak dikongsi secara jelas oleh Shahrir ialah hakikat bahawa PA itu tidak boleh dibatal kerana ia sudah pun disahkan oleh pejabat tanah dan didaftarkan di Mahkamah Tinggi Malaya.

“Apa yang dicadangkan oleh Shahrir dan Jabatan Peguam Negara adalah seperti meminta tikus memulangkan keju, selepas tiga tahun!” sindir beliau.

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh Shahrir katanya lagi, sebagai pengerusi Felda ialah mendedahkan siapa yang telah menandatangani PA itu kepada Synergy Promenade, bersekali dengan nama-nama pengarah yang memberi kelulusan.

“Sekiranya ada mana-mana pengarah itu yang masih bersama Felda, Shahrir mesti meminta mereka meletakkan jawatan dengan segera,” kata beliau.



Demikianlah Artikel Malaysia tutup tirai 2017 dengan penipuan libatkan tanah persekutuan

Sekianlah artikel Malaysia tutup tirai 2017 dengan penipuan libatkan tanah persekutuan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia tutup tirai 2017 dengan penipuan libatkan tanah persekutuan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/malaysia-tutup-tirai-2017-dengan.html

Subscribe to receive free email updates: