Judul : Murid tahun enam antara ditahan operasi AADK
link : Murid tahun enam antara ditahan operasi AADK
Murid tahun enam antara ditahan operasi AADK
ANTARAPOSTASEK GELUGOR: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menahan seorang murid Tahun Enam, dalam satu operasi di sini, malam tadi.
Ketua Penguatkuasa dan Keselamatan AADK Pulau Pinang, Nasruddin Abdul Rahman, berkata murid berkenaan antara yang diperiksa bersama 120 individu lain dalam Operasi Perdana.
Beliau berkata, daripada jumlah yang diperiksa itu, seramai 100 individu berusia antara 12 hingga 72 tahun didapati positif dadah melalui ujian saringan air kencing.
Katanya, operasi itu dijalankan sejak Jumaat lalu, di lima daerah negeri ini.
"Dalam operasi itu, 11 individu yang masih bersekolah termasuk seorang yang baru tamat Tahun Enam, didapati terbabit dalam penyalahgunaan dadah.
"Semua tahanan kini direman antara tujuh hingga 14 hari untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Nasruddin berkata, dalam operasi itu pihaknya turut merampas 3.68 gram dadah jenis morfin dan syabu seberat 1.26gram.
Beliau berkata, seramai 69 anggota penguatkuasa AADK termasuk polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terbabit dalam operasi itu.
Demikianlah Artikel Murid tahun enam antara ditahan operasi AADK
Sekianlah artikel Murid tahun enam antara ditahan operasi AADK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Murid tahun enam antara ditahan operasi AADK dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/murid-tahun-enam-antara-ditahan-operasi.html