Judul : OKU bunuh empat sekeluarga didakwa esok
link : OKU bunuh empat sekeluarga didakwa esok
OKU bunuh empat sekeluarga didakwa esok
ANTARAPOSSHAH ALAM: Suspek orang kelainan upaya (OKU) yang disyaki membunuh empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Rabu lalu, akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Banting esok.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad, berkata tertuduh berusia 38 tahun itu bakal berdepan lima pertuduhan.
"Suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datuk, Banting mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Dia juga berdepan pertuduhan mendatangkan kecederaan yang didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman, berkata teman wanita suspek terbabit yang juga anak bongsu pasangan warga emas mangsa tidak terbabit dalam kejadian itu.
"Wanita OKU berusia 30 tahun itu juga tidak mengetahui tindakan teman lelakinya membunuh ibu bapa serta dua anak saudaranya," katanya dipetik BH Online.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi Rabu lalu, empat sekeluarga membabitkan dua warga emas dan dua kanak-kanak lelaki maut dipercayai dibunuh dan dibakar.
Lim Mai Shak, 68; Chia Tee Nang, 73; dan dua cucu mereka iaitu Chia Yuan Bin dan Ryan Chia Zeng Xi, masing-masing berusia tiga tahun dan 10 tahun meninggal dunia dalam kejadian itu.
Demikianlah Artikel OKU bunuh empat sekeluarga didakwa esok
Sekianlah artikel OKU bunuh empat sekeluarga didakwa esok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel OKU bunuh empat sekeluarga didakwa esok dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/oku-bunuh-empat-sekeluarga-didakwa-esok.html