Judul : OKU lemas semasa mahu selamatkan adik
link : OKU lemas semasa mahu selamatkan adik
OKU lemas semasa mahu selamatkan adik
Mangsa difahamkan terjatuh ke dalam sungai semasa mahu menyelamatkan adiknya daripada tergelincir.
KUANTAN: Seorang remaja kelainan upaya (OKU) ditemui lemas selepas dia cuba menyelamatkan adiknya yang juga seorang OKU di Lata Lembik, Ulu Sungai Cheroh, Raub semalam.
Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Nor Dyana Abd Malek, 17, dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu pada 4.50 petang semalam, selepas gagal mengawal dirinya kerana keadaan yang licin.
Mangsa yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia difahamkan mahu menyelamatkan adiknya Siti Normala, 15, yang merupakan OKU mata daripada tergelincir semasa berkelah di kawasan rekreasi itu.
“Operasi bersambung semula 8.00 pagi tadi,” katanya semasa dihubungi di sini.
Wan Mohd Zahari berkata mangsa yang beralamat di Jalan Bukit Seladang, Bera itu datang menziarahi abangnya di Kampung Batu Malim, Raub pada Khamis lalu.
Dia bersama 13 anggota keluarganya kemudian pergi berkelah di Lata Lembik pada 3.20 petang semalam.
Demikianlah Artikel OKU lemas semasa mahu selamatkan adik
Sekianlah artikel OKU lemas semasa mahu selamatkan adik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel OKU lemas semasa mahu selamatkan adik dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/oku-lemas-semasa-mahu-selamatkan-adik.html