Judul : Pemimpin Pas anggap RUU 355 sudah bentang, persoal ‘Pro-DAP’
link : Pemimpin Pas anggap RUU 355 sudah bentang, persoal ‘Pro-DAP’
Pemimpin Pas anggap RUU 355 sudah bentang, persoal ‘Pro-DAP’
ARIF ATANSelepas berkongsikan beberapa gambar lama bantuan mangsa banjir Pas pada 2006 kononnya berlaku di Pulau Pinang bulan lalu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria mendakwa partinya sudah membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau dikenali RUU 355.
Beliau yang telah diperintah mahkamah pada 10 November lalu supaya membayar RM200,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ekoran saman fitnah itu turut menyoal kemungkinan pihak ‘Pro-DAP’ menyokong RUU 355 jika dibahaskan.
“Pas sudah bentang RUU 355 dan diterima untuk bahas. Siapa yang kawal Parlimen?
“Jika dibahas adakah Prodap akan sokong? #UP untuk Islam,” tulisnya merujuk ‘UP’ sebagai ‘Undi Pas’.
Kenyataan Bendahari Pas Pusat itu pada status Facebook miliknya bagaimanapun mengundang kritikan banyak pihak yang mempersoal bila pula RUU 355 dibentang dan diterima untuk bahas.
Rata-rata orang ramai juga mengingatkan Razman bahawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri yang meminta supaya menangguhkan perbahasan pindaan Akta 355.
Untuk rekod, Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan usul RUU 355 yang dibawa Abdul Hadi Ogos lalu selepas dibacakan buat kali ketiga.
Usul itu tidak dibahas bagi memberi keutamaan kepada usul-usul yang dibawa kerajaan walaupun berada dalam senarai kertas aturan mesyuarat.
Abdul Hadi pertama kali membacakan RUU 355 pada Mei tahun lalu bagi menambah hukuman penjara terhadap pesalah syariah kepada 30 tahun, denda maksimum RM100,000 serta sebat 100 kali berbanding tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan pada masa ini.
Namun, beliau kemudiannya meminta perbahasan mengenai usul tersebut ditangguhkan. Kali pertama pada 26 Mei 2016 iaitu 10 hari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diikuti 24 November 2016.
Peluang yang ada untuk Abdul Hadi menghuraikan cadangan RUU 355 dilihat tidak digunakan sebaik-baiknya walaupun sebelum itu Pas beria-ia mahu membentangkannya sehingga mengundang tanggapan banyak pihak wujudnya kemungkinan permainan politik antara Umno-Pas.
Sehinggalah pada Perhimpunan Agung Umno 2016 pada 1 Disember tahun lalu, Presidennya Datuk Seri Najib Razak memberitahu pindaan Akta 355 akan diambil alih pihak kerajaan lantaran ia adalah usul persendirian yang akan dikaji pihak kerajaan.
Bahkan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pada 31 Mac lalu sekali lagi menegaskan pindaan akta itu adalah milik kerajaan di bawah Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang telah lama ada.
Selanjutnya, Abdul Hadi menghuraikan usul persendirian yang dibawanya pada 6 April lalu tetapi tetap juga tidak dibahaskan apabila Yang Dipertua Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan sidang berkenaan kira-kira jam 4 petang walaupun sebelumnya sidang berlangsung sehingga awal pagi.
Namun pada masa itu, Ahli Parlimen Pas tidak dilihat membantah keputusan Pandikar ketika Ahli Parlimen pembangkang lain bangkit berbuat demikian.
Polemik berkenaan RUU 355 juga dilihat membuka ruang kepada fitnah berbeluasa termasuklah apabila Yang Dipertua Pas Kawasan Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim mendakwa jatuh iman dan ditanam di jirat jika tidak menyokong RUU 355.
Walau bagaimanapun, Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed pada 15 Oktober lalu pula memberitahu adalah lebih baik usul itu ditangguhkan selepas pilihan raya umum jika tidak mendapat sokongan Umno.
Demikianlah Artikel Pemimpin Pas anggap RUU 355 sudah bentang, persoal ‘Pro-DAP’
Sekianlah artikel Pemimpin Pas anggap RUU 355 sudah bentang, persoal ‘Pro-DAP’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemimpin Pas anggap RUU 355 sudah bentang, persoal ‘Pro-DAP’ dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/pemimpin-pas-anggap-ruu-355-sudah.html