Penganggur dipenjara kerana curi ‘Nutella’

Penganggur dipenjara kerana curi ‘Nutella’ - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penganggur dipenjara kerana curi ‘Nutella’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penganggur dipenjara kerana curi ‘Nutella’
link : Penganggur dipenjara kerana curi ‘Nutella’

Baca juga


Penganggur dipenjara kerana curi ‘Nutella’

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Seorang penganggur terpaksa meringkuk di penjara selama tiga bulan 14 hari selepas gagal membayar denda di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas kesalahan mencuri empat botol sapuan roti coklat ‘Nutella’ di Pasar Raya Tesco, tiga hari lalu.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Azmi Mohamed Eid, 32, selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri empat botol Nutella bernilai RM111.96 milik Pasar Raya Tesco Ampang, di sini pada 2.50 petang, 20 Dis lepas.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu dipenjara selama 14 hari bermula dari tarikh dia ditangkap pada 20 Dis lalu dan denda RM500 atas pertuduhan tersebut namun tertuduh gagal membayar denda berkenaan menyebabkan dia dipenjarakan selama tiga bulan lagi.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga didenda dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudian hendaklah dipenjara dan boleh juga didenda atau sebat.

Terdahulu ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dia kini tidak bekerja selain perlu menyara keluarga.

Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon hukuman berbentuk pengajaran sebagai teladan kepada tertuduh dan masyarakat mengambil kira kes curi di pasar raya yang semakin meningkat.– Bernama



Demikianlah Artikel Penganggur dipenjara kerana curi ‘Nutella’

Sekianlah artikel Penganggur dipenjara kerana curi ‘Nutella’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penganggur dipenjara kerana curi ‘Nutella’ dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/penganggur-dipenjara-kerana-curi-nutella.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :