Perdaya bakal pengantin, pemilik Zurin Jundi didakwa lagi

Perdaya bakal pengantin, pemilik Zurin Jundi didakwa lagi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perdaya bakal pengantin, pemilik Zurin Jundi didakwa lagi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perdaya bakal pengantin, pemilik Zurin Jundi didakwa lagi
link : Perdaya bakal pengantin, pemilik Zurin Jundi didakwa lagi

Baca juga


Perdaya bakal pengantin, pemilik Zurin Jundi didakwa lagi

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Pemilik syarikat perancang perkahwinan Zurin Jundi dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan memperdaya pelanggannya menyerahkan wang sebanyak RM5,000 pada Mac lalu.
 
Tertuduh, Zurina Ahmad Jundin, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.
 
Mengikut kertas pertuduhan, Zurina didakwa memperdayakan Erhana Nur Asyatiqah Saidon, 25 dengan menawarkan pakej perkahwinan murah dan mendorong mangsa memasukkan wang pendahuluan sebanyak RM5,000 ke dalam akaun bank atas nama tertuduh.
 
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Jasa 7, Taman Mutiara Rini, di sini pada bulan Mac lalu.
 
Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda jika disabitkan kesalahan. 
 
Tertuduh tidak diwakili peguam. 
 
Mohd Azlan Shah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Januari ini untuk sebutan semula kes.
 
Ini adalah kali ketiga tertuduh dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan memperdaya pelanggannya.
 
Terdahulu, 19 Oktober lalu Zurina dituduh di Mahkamah Majistret Klang, Selangor atas dua dakwaan memperdaya seorang ibu bakal pengantin sehingga membayar wang pendahuluan pakej perkahwinan berjumlah RM7,000 pada Mac dan Jun lalu.
 
Zurina turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 20 November lalu atas dakwaan memperdaya seorang bakal pengantin untuk menyerahkan deposit sebanyak RM8,500, antara Mac hingga Mei lalu.
 
Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas semua dakwaan yang dikenakan terhadapnya



Demikianlah Artikel Perdaya bakal pengantin, pemilik Zurin Jundi didakwa lagi

Sekianlah artikel Perdaya bakal pengantin, pemilik Zurin Jundi didakwa lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perdaya bakal pengantin, pemilik Zurin Jundi didakwa lagi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/perdaya-bakal-pengantin-pemilik-zurin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :