Perhimpunan Agung Pertama PPBM Tiada Aura Kemenangan – Dr Kamarul

Perhimpunan Agung Pertama PPBM Tiada Aura Kemenangan – Dr Kamarul - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perhimpunan Agung Pertama PPBM Tiada Aura Kemenangan – Dr Kamarul, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perhimpunan Agung Pertama PPBM Tiada Aura Kemenangan – Dr Kamarul
link : Perhimpunan Agung Pertama PPBM Tiada Aura Kemenangan – Dr Kamarul

Baca juga


Perhimpunan Agung Pertama PPBM Tiada Aura Kemenangan – Dr Kamarul



Perhimpunan Agung Tahunan Pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Ideal Convention Center (IDCC), Shah Alam, hari ini kelihatan bermula dengan langkah songsang.

Ini kerana agenda pertamanya, iaitu pemilihan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap Perhimpunan, menyaksikan seorang yang telah ditolak dipilih sebagai Pengerusi Tetap.

Datuk Seri Mohd Shariff Omar, yang dipilih sebagai Pengerusi Tetap ini, bertanding di atas tiket Bebas di kerusi P42 Tasek Gelugor dan di kerusi N5 Sungai Dua di dalam PRU 13.

Di kerusi P42 Tasek Gelugor, beliau hilang deposit bila hanya mampu memperolehi 1,590 undi berbanding 21,351 undi dan 24,393 undi yang diperolehi calon PAS dan calon BN.

Di kerusi N5 Sungai Dua, beliau juga hilang deposit bila hanya mampu memperolehi 344 undi berbanding 7,594 undi dan 7,951 undi yang diperolehi calon PAS dan calon BN.

Bukan setakat ditolak oleh pengundi di kerusi P42 Tasek Gelugor dan pengundi di kerusi N5 Sungai Dua sahaja, beliau juga ditolak oleh bekas parti-parti lamanya, UMNO dan PKR.

Setelah dipecat dari UMNO kerana menyertai PRU 13 di atas tiket Bebas, beliau mengumumkan menyertai PKR pada 14 Mac 2014, di dalam kehangatan PRK Kajang.

Tidak diberikan peranan oleh PKR, beliau menyertai PPBM tahun lalu, mulanya sebagai Penyelaras dan kemudiannya sebagai Timbalan Pengerusi PPBM Pulau Pinang.

Bagaimanakah agaknya Perhimpunan Agung Tahunan Pertama PPBM ini boleh memancarkan aura kemenangan bila pengendalinya adalah orang yang telah ditolak?

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).


 



Demikianlah Artikel Perhimpunan Agung Pertama PPBM Tiada Aura Kemenangan – Dr Kamarul

Sekianlah artikel Perhimpunan Agung Pertama PPBM Tiada Aura Kemenangan – Dr Kamarul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perhimpunan Agung Pertama PPBM Tiada Aura Kemenangan – Dr Kamarul dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/perhimpunan-agung-pertama-ppbm-tiada.html

Subscribe to receive free email updates: