Persatuan batal rancangan lapor SPRM, fail injuksi selepas IMAMS batal

Persatuan batal rancangan lapor SPRM, fail injuksi selepas IMAMS batal - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Persatuan batal rancangan lapor SPRM, fail injuksi selepas IMAMS batal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Persatuan batal rancangan lapor SPRM, fail injuksi selepas IMAMS batal
link : Persatuan batal rancangan lapor SPRM, fail injuksi selepas IMAMS batal

Baca juga


Persatuan batal rancangan lapor SPRM, fail injuksi selepas IMAMS batal

 
Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji mendedahkan sistem seperti itu serendah RM1 atau percuma di negara lain, manakala kadar perlindungan takaful pula hanya RM12. 


sprm_haji_1600


KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh) membatalkan hasrat membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan memfailkan injuksi susulan pembatalan pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi jemaah haji dan umrah.

Presiden Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, rancangan asal persatuan itu ialah memfailkan injuksi di mahkamah bagi menghalang IMAMS dilaksanakan Selasa depan.

Pihaknya turut memaklumkan rancangan itu kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

“Maknanya kita batalkan semua rancangan kita, kita sudah panggil peguam untuk failkan injuksi, kita juga sudah berjumpa timbalan ketua pengarah SPRM, alhamdulillah, IMAMS sudah dibatalkan pelaksanaannya,” katanya kepada FMT.

Pelaksanaan sistem IMAMS dibatalkan hari ini tidak sampai 24 jam selepas diumumkan berkuatkuasa semalam.

Razali berkata, selain membazir, sistem IMAMS juga hanya menjadi pendua kepada sistem yang diamalkan untuk jemaah haji dan umrah sekarang.

Melalui sistem itu, jemaah akan dikenakan tambahan RM90.10 yang meliputi bayaran RM5.10 dikenakan untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), RM40 bagi insurans dan RM45 bagi sistem yang digunakan IMAMS.

Menurut Razali, fungsi IMAMS katanya hanyalah mengimbas passport jemaah dan dicop oleh sistem IMAMS bagi membolehkan mereka memasuki konsulat Arab Saudi.

“Sistem itu sebenarnya percuma. Kalau di luar negara seperti di Indonesia atau Mesir RM1 dikenakan untuk mereka yang tidak ada mesin pengimbas itu…kalau ada, percuma.

“Kenapa nak caj sampai RM90, itu ‘daylight robbery’, macam kisah Ali Baba dengan 40 penyamun,” katanya lagi.

Beliau berkata, kadar yang dikenakan RM40 untuk insurans juga melampau kerana kadar perlindungan takaful hanyalah RM12.

“Kita sokong kalau Jemaah nak pergi wajib ambil insurans takaful RM12, jadi orang tak marah. Tni tidak, minta sampai RM40, sistem percuma minta RM45,” katanya.

Sistem IMAMS itu mendapat perhatian selepas beberapa pemimpin politik dari PKR dan Umno membantah pelaksanaanya.

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui laman media sosialnya turut membantah pelaksanaannya.



Demikianlah Artikel Persatuan batal rancangan lapor SPRM, fail injuksi selepas IMAMS batal

Sekianlah artikel Persatuan batal rancangan lapor SPRM, fail injuksi selepas IMAMS batal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Persatuan batal rancangan lapor SPRM, fail injuksi selepas IMAMS batal dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/persatuan-batal-rancangan-lapor-sprm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :