PM gesa SUPP, UPP berdamai sebelum PRU14

PM gesa SUPP, UPP berdamai sebelum PRU14 - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM gesa SUPP, UPP berdamai sebelum PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM gesa SUPP, UPP berdamai sebelum PRU14
link : PM gesa SUPP, UPP berdamai sebelum PRU14

Baca juga


PM gesa SUPP, UPP berdamai sebelum PRU14

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu perbalahan antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan parti serpihannya Parti Rakyat Bersatu (UPP) diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
 
Najib berkata beliau yakin Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mempunyai formula untuk menyelesaikan perkara tersebut.
 
"Saya minta selesaikan soal ini. Saya percaya Abang Johari ada formula macam mana nak selesaikan sebelum PRU14 untuk SUPP kembali sebagai barisan yang kukuh sebagai SUPP yang satu," katanya dalam ucapan di majlis penutupan Persidangan Perwakilan Tritahunan SUPP ke-24 di Kuching, hari ini.
 
Turut hadir Abang Johari yang juga pengerusi BN Sarawak dan Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian.
 
Terdahulu Dr Sim dalam ucapannya berkata perwakilan bersetuju dengan resolusi untuk 'tolak calon langsung BN' pada PRU14 nanti.
 
Dalam ucapannya di hadapan perwakilan yang hadir, Najib berkata beliau mahu SUPP kembali menjadi sebuah parti pilihan di Sarawak.
 
Katanya berbanding pada persidangan tiga tahun lalu, kali ini beliau dapat merasakan SUPP sudah memiliki 'perpaduan yang semakin utuh”.
 
"Saya berasa amat senang hati hari ini, pertama kerana hampir semua perwakilan yang hadir memakai baju warna kuning tanda perpaduan dan pembaharuan kukuh SUPP.
 
"Saya mahu SUPP menjadi parti pilihan rakyat Sarawak sama seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta lain-lain parti berasal dari negeri ini," katanya.
 
Najib turut menggariskan tiga perkara yang boleh menjadi kekuatan SUPP.
 
"Tiga perkara ialah mempunyai perancangan, perancangan itu mampu dilaksanakan dengan baik dan juga perpaduan serta kesepaduan," katanya.
 
Sementara itu, perdana menteri turut mengumumkan sumbangan 50 peratus dana untuk tabung pembiayaan mikro yang akan dikendalikan SUPP.
 
"Saya beri 50 peratus jumlahnya, berapa itu kita runding kemudian, 50 peratus lagi akan diberikan oleh kerajaan negeri.
 
"Berkenaan permintaan Dr Sim dalam ucapan tadi supaya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bako, Kuching dipindahkan, saya luluskan juga," katanya.
 
 


Demikianlah Artikel PM gesa SUPP, UPP berdamai sebelum PRU14

Sekianlah artikel PM gesa SUPP, UPP berdamai sebelum PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM gesa SUPP, UPP berdamai sebelum PRU14 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/pm-gesa-supp-upp-berdamai-sebelum-pru14.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :