Judul : Pramugari patuh syariah? Tubuh syarikat lain, kata Nufam
link : Pramugari patuh syariah? Tubuh syarikat lain, kata Nufam
Pramugari patuh syariah? Tubuh syarikat lain, kata Nufam
Kesatuan mewakili kru anak kapal berkata cadangan oleh seorang senator Umno tidak wajar dilaksanakan, kecuali ditubuhkan syarikat dengan polisi patuh syariah.
PETALING JAYA: Sebarang langkah mengubah pakaian seragam anak kapal syarikat penerbangan supaya ia mematuhi kehendak Islam hanya boleh dilakukan melalui syarikat baharu yang terikat dengan pengawasan kualiti menurut syariah, kata persatuan mewakili pramugara dan anak kapal.
Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) mengulas cadangan seorang senator Umno supaya kerajaan melaksanakan peraturan bertudung sebagai memenuhi peraturan Islam di kalangan anak kapal wanita di negara ini.
Bagaimanapun, Nufam berkata gesaan seperti itu tidak wajar dan menyalahi amalan memberikan kebebasan kepada kakitangan.
“Janganlah kita kacau atau mengganggu apa yang sudah ada,” kata kesatuan itu dalam kenyataan.
“Kalau benar mana-mana pihak mahu mencadang isu bertudung ini, kami rasa baik buka satu syarikat yang baru berkonsep syariah terus.”
Senator Dewan Negara dari Umno, Datuk Hanafi Mamat berkata cadangannya itu tidak akan merugikan syarikat penerbangan kerana kualiti sesebuah penerbangan bergantung kepada perkhidmatan ditawarkan.
Menurut Nufam, apa yang diamalkan hari ini tidak boleh diubah kerana syarikat ditubuhkan atas konsep berlainan.
Sebaliknya, ia berkata sekiranya wujud tuntutan seperti itu, kerajaan boleh meluluskan lesen untuk syarikat penerbangan baharu.
“Mungkin kerajaan boleh meluluskan lesen secepat mungkin kerana ia juga boleh memberi peluang pekerjaan kepada ramai wanita yang mahu bertudung,” katanya.
Nufam turut mengingatkan sebarang langkah mewajibkan pemakaian tudung di kalangan kru wanita bermakna melanggar hak individu.
Katanya, kemahuan sesetengah pekerja wanita untuk bertudung bukan sesuatu yang perlu diperbesarkan.
“Biarlah pakaian tudung itu juga bersesuaian dengan tempat kerja juga,” katanya.
Gesaan bertudung oleh Hanafi merupakan rentetan daripada pelbagai gesaan segelintir pihak supaya industri penerbangan Malaysia berubah kepada dasar patuh syariah.
Sebelum ini, PAS dan beberapa pertubuhan Islam mencadangkan Malaysia Airlines berhenti menghidang arak di atas pesawat.
Gesaan itu menerima reaksi berbeza pelbagai pihak, dan ditolak Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
“Pelaksanaannya merupakan keputusan syarikat penerbangan masing-masing,” katanya dalam jawapan kepada wakil rakyat PAS di Dewan Rakyat pada Ogos lalu.
Demikianlah Artikel Pramugari patuh syariah? Tubuh syarikat lain, kata Nufam
Sekianlah artikel Pramugari patuh syariah? Tubuh syarikat lain, kata Nufam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pramugari patuh syariah? Tubuh syarikat lain, kata Nufam dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/pramugari-patuh-syariah-tubuh-syarikat.html