Judul : Salleh: Janji Dr M mengenai kebebasan bersuara sukar dipercayai
link : Salleh: Janji Dr M mengenai kebebasan bersuara sukar dipercayai
Salleh: Janji Dr M mengenai kebebasan bersuara sukar dipercayai
Menteri Salleh Said Keruak berkata lebih banyak kebebasan bersuara sekarang berbanding ketika Dr Mahathir jadi perdana menteri.
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak menggambarkan janji terbaharu dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan semula kebebasan bersuara sekiranya pembangkang membentuk kerajaan akan datang, sebagai “sukar dipercayai”.
“Bagaimana Mahathir boleh berfikir bahawa beliau boleh melepaskan diri dengan kenyataan sedemikian apabila lebih banyak kebebasan bersuara sekarang ketika pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding pada tahun 1980-an ketika Mahathir menjadi perdana menteri?” katanya dalam catatan di laman blog beliau, sskeruak.blogspot.my.
Beliau berkata Dr Mahathir menggelar Najib dengan pelbagai nama yang bersifat jahat, malah Dr Mahathir boleh menghadapi pendakwaan di bawah Akta Hasutan.
“Tetapi Najib tidak mengambil tindakan. Najib membenarkan Mahathir terus memfitnahnya, dan setiap hari Mahathir terus menghina Najib…Mahathir tidak akan bertolak ansur 10% daripada apa yang dilakukannya terhadap Najib.
“Tiada bukti yang lebih besar daripada ini bahawa Najib adalah penyebar kebebasan bersuara. Jika tidak, Mahathir tidak dapat berbuat apa yang beliau lakukan dan mengatakan semua perkara yang beliau nyatakan hari ini,” kata Salleh.
Dilaporkan Dr Mahathir membuat janji itu semasa mesyuarat agung tahunan pertama PPBM, yang mana beliau adalah pengerusinya, di Shah Alam, Selangor hari ini.
Demikianlah Artikel Salleh: Janji Dr M mengenai kebebasan bersuara sukar dipercayai
Sekianlah artikel Salleh: Janji Dr M mengenai kebebasan bersuara sukar dipercayai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Salleh: Janji Dr M mengenai kebebasan bersuara sukar dipercayai dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/salleh-janji-dr-m-mengenai-kebebasan.html