Judul : Tiga maut nahas di MRSM Lenggong
link : Tiga maut nahas di MRSM Lenggong
Tiga maut nahas di MRSM Lenggong
ANTARAPOSLENGGONG: Tiga orang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori treler dan tiga buah kereta di persimpangan lampu isyarat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong di sini hari ini.
Jurucakap bomba berkata, mangsa yang meninggal dunia melibatkan dua lelaki dan seorang wanita.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 11.13 pagi.
Katanya, kemalangan berlaku apabila sebuah lori treler membawa ikan melanggar kereta jenis Honda HRV, Nissan Grand Livina dan kenderaan pacuan empat roda (4X4) jenis Toyota Hilux.
“Maklumat daripada saksi menyatakan lori tersebut merempuh bahagian belakang kereta jenis Honda HRV yang dinaiki oleh tiga lelaki dan dua perempuan.
“Tiga daripada mereka yang menaiki kereta tersebut disahkan meninggal dunia dan mayat dihantar ke Hospital Gerik,” katanya.
Menurutnya, pemandu dan penumpang kereta Nissan Grand Livina telah dikeluarkan oleh orang awam manakala dua lelaki di dalam kereta Toyota Hilux tidak mengalami kecederaan.
“Pemandu dan kelindan lori treler yang terlibat tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Demikianlah Artikel Tiga maut nahas di MRSM Lenggong
Sekianlah artikel Tiga maut nahas di MRSM Lenggong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiga maut nahas di MRSM Lenggong dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/12/tiga-maut-nahas-di-mrsm-lenggong.html