13 hotel amal polisi larangan bertudung, kata menteri

13 hotel amal polisi larangan bertudung, kata menteri - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 13 hotel amal polisi larangan bertudung, kata menteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 13 hotel amal polisi larangan bertudung, kata menteri
link : 13 hotel amal polisi larangan bertudung, kata menteri

Baca juga


13 hotel amal polisi larangan bertudung, kata menteri

 
Kementerian Sumber Manusia sedang memuktamadkan draf cadangan pindaan akta bagi menangni diskriminasi di tempat kerja. 


richard-riot_tudung_hotel_600


PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang memuktamadkan draf cadangan pindaan Akta Kerja 1955 bagi menangani diskriminasi di tempat kerja susulan isu larangan bertudung dalam sektor perhotelan baru-baru ini.

Menteri Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata cadangan pindaan akta itu hasil perbincangan pada 5 Disember lepas melibatkan kementerian dan agensi berkaitan antaranya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia.

“Draf pindaan undang-undang tersebut akan diperhalusi segera bersama-sama beberapa agensi lain yang terlibat,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Riot berkata KSM melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) juga menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas 74 buah hotel bertaraf 4 dan 5 bintang di Pahang, Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak November 2017.

Menurutnya pemeriksaan tersebut bagi mengenal pasti kewujudan unsur-unsur diskriminasi khususnya mengenai larangan pemakaian tudung dan kod etika pakaian ditetapkan majikan.

Riot berkata pemeriksaan tersebut mendapati 13 buah hotel mengamalkan polisi larangan bertudung semasa bekerja manakala 61 lagi tidak menetapkan sebarang bentuk polisi berkaitan perkara itu.

Katanya JTKSM telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan hotel berkenaan dan mereka secara dasarnya bersetuju untuk membatalkan larangan tersebut.

“Sebagai contoh, di Johor terdapat empat buah hotel yang mengenakan larangan bertudung dan selepas perbincangan lanjut, mereka akur secara lisan dan bertulis serta membuat pengakuan untuk membatalkan larangan tersebut,” katanya.

Riot berkata JTKSM juga telah mengeluarkan surat kepada dua persatuan dan 10 kesatuan sektor perhotelan pada 18 Dis 2017 untuk mendapatkan pandangan bertulis berhubung isu itu.

Katanya Persatuan Pengusaha Hotel (MAH) dalam maklum balasnya menyatakan polisi melarang pekerja bertudung adalah bergantung kepada pengurusan hotel masing-masing.

Dalam pada itu, Riot turut mengulangi gesaannya kepada majikan, khususnya pengusaha hotel di seluruh negara, agar memberi komitmen dan kerjasama dalam usaha berterusan kerajaan untuk memelihara keharmonian di tempat kerja.

Justeru katanya majikan perlu sentiasa menghormati hak–hak pekerja yang digajikan bukan sahaja dari segi meningkatkan pematuhan terhadap undang-undang perburuhan sedia ada di negara ini,
tetapi turut menghormati hak-hak individu seperti yang termaktub di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Perlembagaan Persekutuan melarang sebarang bentuk diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras dan keturunan,” katanya.



Demikianlah Artikel 13 hotel amal polisi larangan bertudung, kata menteri

Sekianlah artikel 13 hotel amal polisi larangan bertudung, kata menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 13 hotel amal polisi larangan bertudung, kata menteri dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/13-hotel-amal-polisi-larangan-bertudung.html

Subscribe to receive free email updates: