Azmin Bidas Presiden PAS Kerana Persoal Dasar Keislaman Kerajaan Selangor

Azmin Bidas Presiden PAS Kerana Persoal Dasar Keislaman Kerajaan Selangor - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin Bidas Presiden PAS Kerana Persoal Dasar Keislaman Kerajaan Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin Bidas Presiden PAS Kerana Persoal Dasar Keislaman Kerajaan Selangor
link : Azmin Bidas Presiden PAS Kerana Persoal Dasar Keislaman Kerajaan Selangor

Baca juga


Azmin Bidas Presiden PAS Kerana Persoal Dasar Keislaman Kerajaan Selangor

 
 


KUALA SELANGOR: PAS tidak perlu mempersoalkan sama ada dasar yang diamalkan oleh kerajaan negeri Selangor mengikut kaedah Islam atau tidak, kata Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali, sebagai maklum balas kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ujar Azmin, setiap program dan dasar yang dilaksanakan tidak perlu dimomokkan dengan nama Islam, cukup sekadar agenda yang dilaksanakan dengan berlaku adil dan tidak menzalimi rakyat.

Malah beliau menambah, PAS telah menerima dasar kerajaan negeri Selangor sejak tahun 2008, dan mengakui kerajaan negeri Selangor merupakan satu model yang baik.

“Jadi nak tukar apa? Yang saya sebut tadi, program KISS, Peduli Sihat, air percuma, pembangunan, pengurusan kewangan yang berintegriti. Ini semua menepati prinsip-prinsip Islam tapi tak payah la pakai label Islam di dalam program-program. Tak payah labelkan KISS Islam atau projek pembangunan Islam.

“Yang pentingnya prinsip keadilan sosial dan prinsip pengagihan adil itu mesti dipertahankan jangan Negeri yang kaya tapi rakyat miskin itu tidak adil itu zalim,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) di Padang Awam Kampung Permatang Kuala Selangor hari ini.

Semalam Hadi ketika di Himpunan Fastaqim 2.4 menyeru rakyat Selangor untuk memilih parti yang bercirikan dan mengamalkan ajaran Islam, sekaligus dapat menjadi contoh kepada negeri lain.

Katanya lagi, adalah menjadi kewajipan umat Islam untuk mengutamakan Islam terlebih dahulu dan berjuang memilih kerajaan yang berlaku adil kepada semua.

Malah beliau memberi jaminan untuk berlaku adil kepada semua kaum di negeri ini sekiranya dipilih rakyat.

Azmin yang mengulas lanjut mengenai perkara itu tidak menganggap kenyataan Abdul Hadi sebagai satu ancaman, sebaliknya menyerahkan kepada rakyat dalam menentukan pilihan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kita kena yakin kemampuan rakyat untuk membuat keputusan. Apa yang kita laksanakan ini adalah sebahagiaan usaha, cukup tempoh kita serahkan mandat ini kepada rakyat biar rakyat yang menentukan masa depan negeri Selangor.

“Saya percaya dan yakin dengan program dan dasar yang telah dilaksanakan. Rakyat akan pertahankan sebuah kerajaan yang stabil dan berjaya menaikkan martabat rakyat,” ujar beliau – AP



Demikianlah Artikel Azmin Bidas Presiden PAS Kerana Persoal Dasar Keislaman Kerajaan Selangor

Sekianlah artikel Azmin Bidas Presiden PAS Kerana Persoal Dasar Keislaman Kerajaan Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin Bidas Presiden PAS Kerana Persoal Dasar Keislaman Kerajaan Selangor dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/azmin-bidas-presiden-pas-kerana-persoal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :