Azmin patuh arahan PKR, tanding mana-mana kerusi

Azmin patuh arahan PKR, tanding mana-mana kerusi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin patuh arahan PKR, tanding mana-mana kerusi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin patuh arahan PKR, tanding mana-mana kerusi
link : Azmin patuh arahan PKR, tanding mana-mana kerusi

Baca juga


Azmin patuh arahan PKR, tanding mana-mana kerusi

Oleh Zeanaaima Md Yusof
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Datuk Seri Azmin Ali berkata beliau akan patuh pada apa jua arahan parti untuk bertanding di mana-mana kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Ahli Parlimen Gombak itu memberitahu sehingga kini PKR masih belum memuktamadkan perihal calon yang akan mewakili parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu.
 
"Parti belum putuskan lagi. Saya akan patuh pada keputusan parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Konvensyen Pakatan Harapan (PH), pada Ahad.
 
Media sebelum ini melaporkan desas-desus bahawa Azmin yang juga Menteri Besar Selangor itu tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dan akan bertanding di kerusi Shah Alam.
 
Laporan itu bagaimanapun dinafikan Setiausaha Politiknya, Shuhaimi Shafiei dengan berkata Azmin akan tetap bertanding di Parlimen Gombak. 
 
Azmin dalam pada itu mengulas hasrat Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang mahu mencabarnya dimana sahaja kerusi yang bakal ditandinginya.
 
"Ini negara demokrasi. Siapa pun boleh bertanding. Akhirnya yang menentukan adalah rakyat, bukan calon. 
 
"Rakyat yang akan menentukan tentang masa depan negara dan masa depan negeri. Maka saya serahkan pada rakyat untuk menentukannya," kata Azmin lagi.
 
Jamal sebelum itu dilaporkan berkata beliau lebih berminat mencabar Azmin kerana lebih mencabar dan memerlukan kerja keras serta usaha yang bersungguh-sungguh.   
 
Malah hasratnya mencabar timbalan presiden PKR itu turut direstu Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.
 
 


Demikianlah Artikel Azmin patuh arahan PKR, tanding mana-mana kerusi

Sekianlah artikel Azmin patuh arahan PKR, tanding mana-mana kerusi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin patuh arahan PKR, tanding mana-mana kerusi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/azmin-patuh-arahan-pkr-tanding-mana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :