Judul : Beku peruntukan: Selesai cara baik, tak perlu heret istana - Khairuddin
link : Beku peruntukan: Selesai cara baik, tak perlu heret istana - Khairuddin
Beku peruntukan: Selesai cara baik, tak perlu heret istana - Khairuddin
Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Seorang ADUN PAS Selangor melahirkan harapan agar masalah pembekuan peruntukan terhadap kawasan yang dipegang wakil rakyat parti itu dapat diselesaikan dengan baik tanpa perlu melibatkan campur tangan istana.
ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, pimpinan PAS Selangor boleh mencari penyelesaian yang lebih baik dengan membuat pertemuan empat mata bersama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tanpa perlu melanjutkan isu tersebut kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memandangkan ia melibatkan hal pentadbiran negeri.
"Saya tidak pasti pendirian PAS Selangor sebab saya tidak lagi berada dalam Jawatankuasa PAS Selangor, tapi saya berpandangan lebih baik kita bercakap dengan Datuk Menteri Besar dalam isu ini dan tidak mengheret institusi Diraja dalam hal ini sebab ini hal-hal pentadbiran kerajaan negeri.
"Saya mencadangkan kalau boleh pimpinan negeri (PAS) berjumpa dengan Datuk Menteri Besar, bincang elok-elok," katanya kepada Antarapos.
Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi dilaporkan berkata, pihaknya akan meminta penjelasan Azmin mengapa peruntukan disalurkan kepada ahli parlimen dan ADUN parti itu telah disekat.
Sekiranya ia masih tidak dapat diselesaikan, Sallehin memberitahu pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menghadap Sultan Sharafuddin minggu ini bagi mendapatkan penyelesaian berhubung perkara itu.
Mengulas lanjut, Khairuddin memaklumkan beliau sendiri masih belum mendapat sebarang makluman secara rasmi berhubung sekatan terhadap peruntukan kepada wakil rakyat PAS.
Ujarnya, sehingga kini perkara tersebut masih belum disahkan kepastiannya, namun beliau percaya ia mampu diselesaikan dengan baik oleh Azmin.
"Yang kita tahu setakat ini, masih belum ada apa-apa arahan bertulis ataupun arahan yang mengatakan peruntukan itu disekat.
"Jadi saya berpandangan bahawa mungkin ada perkara-perkara yang kita kena selesaikan, saya belum tahu lagi sama ada peruntukan itu disekat atau tidak sebab kita belum dapat jawapan daripada pejabat tanah lagi.
"Bajet yang diberi kepada ADUN-ADUN ini adalah bajet yang sudah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam sidang bajet, jadi saya sangat yakin Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil kira kesemua fakta-fakta itu dan saya harap beliau boleh bantu kita untuk mempercepatkan bajet kita," ujarnya lagi.
Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan peruntukan kepada ADUN PAS di Selangor disekat oleh Kerajaan Negeri bermula tahun ini.
Perkara itu bagaimanapun dinafikan Azmin sendiri dengan menyatakan kerajaan negeri yang dipimpinnya tidak pernah menyekat peruntukan kepada wakil rakyat PAS di negeri itu.
Sebaliknya Azmin menjelaskan, kelewatan itu mungkin berpunca dari masalah teknikal, dan kemudiannya berjanji untuk menyelesaikan perkara itu.
Malah, ia juga turut dinafikan, Exco kerajaan negeri, Datuk Iskandar Samad yang menganggap kelewatan peruntukan adalah masalah teknikal setiap awal tahun.
Demikianlah Artikel Beku peruntukan: Selesai cara baik, tak perlu heret istana - Khairuddin
Sekianlah artikel Beku peruntukan: Selesai cara baik, tak perlu heret istana - Khairuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Beku peruntukan: Selesai cara baik, tak perlu heret istana - Khairuddin dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/beku-peruntukan-selesai-cara-baik-tak.html