‘Dr M tak faham Johor, kritik Forest City tak bantu pertumbuhan negeri’

‘Dr M tak faham Johor, kritik Forest City tak bantu pertumbuhan negeri’ - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Dr M tak faham Johor, kritik Forest City tak bantu pertumbuhan negeri’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Dr M tak faham Johor, kritik Forest City tak bantu pertumbuhan negeri’
link : ‘Dr M tak faham Johor, kritik Forest City tak bantu pertumbuhan negeri’

Baca juga


‘Dr M tak faham Johor, kritik Forest City tak bantu pertumbuhan negeri’

 
Menteri besar Johor berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan tindakan Dr Mahathir hanya menyerang projek Forest City yang hanya 0.01% meliputi Johor.


khaled-mahathir

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengingatkan rakyat negeri itu supaya tidak terpengaruh dengan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai projek pembangunan Forest City di Gelang Patah, dekat sini.

Katanya, kenyataan bekas perdana menteri itu yang menyifatkan Forest City sebagai penjualan tanah kepada orang asing, tidak benar sama sekali.

“Tun Dr Mahathir kalau tidak kritik, itu memang bukan Tun Dr Mahathir. Dia memang hendak cari publisiti.

“Forest City hanyalah 0.01% sahaja meliputi negeri ini, jadi mengapa Tun Dr Mahathir hanya menghalakan perhatian dan fokusnya terhadap projek Forest City?

“Mengapa hanya peratus yang kecil itu diberi perhatian, jadi rakyat khususnya jangan mudah terpengaruh,” katanya selepas majlis pecah tanah Sekolah Agama Bandar Seri Alam 2, di sini.

Khaled berkata, projek Forest City merancakkan pertumbuhan negeri ini memandangkan Johor tidak mempunyai hasil daripada sumber asli penting dan berharga berbanding negeri lain seperti Sabah, Sarawak dan Terengganu.

“Johor tidak ada sumber asli besar, tidak ada minyak, gas dan kita tidak lagi galakkan penebangan balak. Kita tidak ada hasil. Jadi, kita bangunkan yang kecil (Forest City) untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi Johor kerana kalau tidak ada pertumbuhan ekonomi, kita tidak boleh bangunkan rakyat.

“Johor juga bukan macam Selangor yang terletak di Lembah Klang yang menerima tempias pembangunan kerajaan pusat. Johor kena fikir bagaimana cara hendak bangun sendiri. Jadi, dengan Tun Dr Mahathir mengkritik Forest City, dia tidak membantu, dia tidak faham tentang Johor dan dia hanya faham tentang Lembah Klang,” katanya.

Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM semasa berucap pada perhimpunan agung pertama parti itu di Shah Alam, Selangor, 2 hari lepas mendakwa Forest City merupakan satu lagi penjualan tanah kepada orang asing yang hasilnya digunakan untuk membayar hutang negara.

Sementara itu, Khaled berkata, kerajaan Johor memperuntukkan RM185.5 juta bagi membina 30 sekolah agama kerajaan Johor di seluruh negeri tahun ini.

Beliau berkata, kerajaan Johor komited terhadap pemantapan pendidikan agama di negeri ini kerana ia merupakan sebahagian daripada matlamat dan aspirasi kerajaan negeri dalam memastikan sekolah agama terus relevan, selaras peredaran zaman serta teknologi.

Katanya, bagi menarik minat pelajar mengikuti pembelajaran di sekolah agama secara interaktif, kerajaan Johor turut membangunkan aplikasi digital dengan kos RM14 juta yang membolehkan murid mengikuti pembelajaran menerusi iPad.

Sehingga kini, terdapat 4 sekolah agama terlibat dalam projek perintis menggunakan aplikasi digital tersebut, antaranya sekolah menengah agama kerajaan Johor (Maahad) dan sekolah agama bandar di sini.



Demikianlah Artikel ‘Dr M tak faham Johor, kritik Forest City tak bantu pertumbuhan negeri’

Sekianlah artikel ‘Dr M tak faham Johor, kritik Forest City tak bantu pertumbuhan negeri’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Dr M tak faham Johor, kritik Forest City tak bantu pertumbuhan negeri’ dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/dr-m-tak-faham-johor-kritik-forest-city.html

Subscribe to receive free email updates: