Judul : Hutang negara bukan diparas bahaya - PM AddThis Sharing Buttons
link : Hutang negara bukan diparas bahaya - PM AddThis Sharing Buttons
Hutang negara bukan diparas bahaya - PM AddThis Sharing Buttons
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak membidas sikap sesetengah pihak yang masih keliru dan memfitnah kononnya hutang Kerajaan Persekutuan berada di paras berbahaya.
Sambil menegaskan perkara itu tidak benar sama sekali, Najib menyatakan pada akhir Jun 2017, hutang Kerajaan Persekutuan mencatat 50.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), angka yang masih di bawah paras had yang ditetapkan kerajaan iaitu 55 peratus daripada KDNK.
“Ini menunjukkan hutang Kerajaan masih kekal terurus, malah semakin berkurang 53.2 peratus pada akhir Jun 2016. Ini merupakan pencapaian yang patut kita banggakan.
“Bukan itu sahaja, nisbah hutang Kerajaan berbanding KDNK Malaysia adalah lebih baik berbanding negara maju seperti Singapura pada paras 112 peratus, United Kingdom pada 89.3 peratus, Kanada pada paras 92.3 peratus dan banyak lagi contoh-contoh yang lain,” katanya yang dipetik menerusi laman blognya hari ini.
Najib turut menyangkal pertuduhan bahawa Kerajaan bakal muflis hanya berdasarkan hutang kerajaan Persekutuan sedangkan badan ekonomi antarabangsa seperti Bank Dunia, menaikkan unjuran KDNK daripada 4.9 peratus kepada 5.2 peratus bagi 2017.
Malah, menurut Perdana Menteri tidak masuk akal untuk mengatakan negara akan muflis apabila banyak negara luar mahu melabur dan merangka perjanjian perdagangan dengan Malaysia.
Meskipun kerajaan hari ini menghadapi cabaran fitnah pembangkang yang mengharapkan ekonomi Malaysia ranap semata-mata untuk mendapat kuasa.
Namun ia tidak melemahkan kerajaan dan sentiasa mencari jalan mengukuhkan ekonomi negara bagi menaikkan nama negara setaraf dengan kuasa besar ekonomi dunia yang lain, tegas Najib.
Demikianlah Artikel Hutang negara bukan diparas bahaya - PM AddThis Sharing Buttons
Sekianlah artikel Hutang negara bukan diparas bahaya - PM AddThis Sharing Buttons kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hutang negara bukan diparas bahaya - PM AddThis Sharing Buttons dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/hutang-negara-bukan-diparas-bahaya-pm.html