Jangan memandai-mandai ‘direct translation’ atau ‘google translation’

Jangan memandai-mandai ‘direct translation’ atau ‘google translation’ - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan memandai-mandai ‘direct translation’ atau ‘google translation’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan memandai-mandai ‘direct translation’ atau ‘google translation’
link : Jangan memandai-mandai ‘direct translation’ atau ‘google translation’

Baca juga


Jangan memandai-mandai ‘direct translation’ atau ‘google translation’

THE MALAYSIAN TIMES
 


IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memberi ingatan agar sebarang  notis atau pengumuman terutama jika dibuat dalam bahasa Inggeris tidak sewajarnya diterjemah secara langsung atau  menggunakan kemudahan enjin terjemahan di Internet.

Beliau berkata sebarang notis atau pengumuman perlu disemak dan diteliti terlebih dahulu bagi mengelak kesilapan, terutamanya bagi tujuan penggunaan di peringkat antarabangsa.

“Jangan memandai-mandai ‘direct translation’ atau ‘google translation’,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak kubu perlindungan bawah tanah perang dunia kedua binaan tentera British dekat Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Sdn Berhad (LTSAS) di sini, hari ini.

Zambry mengulas insiden notis berbahasa Inggeris di pintu masuk Pusat Penerangan Pelancongan Perak di sini minggu lalu yang tular kerana mengandungi banyak kesilapan.

​​Notis tersebut memberitahu orang ramai bahawa itu ditutup pada 30 dan 31 Dis berikutan masalah talian Internet dan penyaman udara, namun hampir kesemua ayat menggunakan tatabahasa bahasa Inggeris yang kurang tepat.​​​​​​​

​​​​​​​Menjelas lanjut, Zambry berkata kesalahan penulisan notis tersebut perlu dijadikan pengajaran kepada semua kakitangan kerajaan khusunya di negeri itu seterusnya mengelakkan ia daripada berulang.

Beliau berkata walaupun kesalahan itu dianggap kecil, namun ia bukan sahaja menjadi bahan jenaka malah mencerminkan ketidakseriusan dalam membuat arahan rasmi.

“Kepada semua pihak peristiwa ini menjadi ingatan sama ada pihak atasan atau bawahan, bahawa urusan rasmi kerajaan pengumuman adalah dalam bahasa Malaysia,” tegas beliau.



Demikianlah Artikel Jangan memandai-mandai ‘direct translation’ atau ‘google translation’

Sekianlah artikel Jangan memandai-mandai ‘direct translation’ atau ‘google translation’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan memandai-mandai ‘direct translation’ atau ‘google translation’ dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/jangan-memandai-mandai-direct.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :