Jemaah umrah dijangkiti MERS-CoV selepas sentuh unta, minum susu mentah

Jemaah umrah dijangkiti MERS-CoV selepas sentuh unta, minum susu mentah - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jemaah umrah dijangkiti MERS-CoV selepas sentuh unta, minum susu mentah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jemaah umrah dijangkiti MERS-CoV selepas sentuh unta, minum susu mentah
link : Jemaah umrah dijangkiti MERS-CoV selepas sentuh unta, minum susu mentah

Baca juga


Jemaah umrah dijangkiti MERS-CoV selepas sentuh unta, minum susu mentah

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang selesai mengerjakan umrah dijangkiti Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) selepas didapati eminum susu unta mentah dan bersentuhan dengan unta ketika melawat ladang haiwan berkenaan ketika di Tanah Suci.
 
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dengan berkata pesakit terbabit berada dalam keadaan stabil dan telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima rawatan lanjut.
 
Mangsa berusia 55 tahun berasal dari Selangor dan tiba di Malaysia pada 23 Disember lalu.
 
"Pada keesokan harinya, beliau mengalami gejala demam, batuk, lemah badan, lelah dan sakit kaki. Pesakit seterusnya mendapatkan rawatan dari klinik berhampiran rumahnya dan beliau menerima rawatan sebagai kes demam.
 
"Pada lewat malam 28 Disember, beliau datang ke Jabatan Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan dimasukkan ke wad HTAR untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
 
"Mengambil kira sejarah perjalanannya yang baru kembali dari menunaikan umrah, ujian saringan MERS-CoV dijalankan oleh Hospital Sungai Buloh pada 30 Disember dan ujian pengesahan seterusnya dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada 31 Disember mendapati positif sindrom berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Kementerian Kesihatan juga sedang menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan, termasuk pengesanan serta pemantauan ke atas kontak rapat pesakit seperti ahli keluarga, jemaah umrah dalam kumpulan sama, anggota kesihatan di fasiliti kesihatan yang merawat serta kontak rapat dalam pesawat yang dinaiki pesakit.
 
Malah, amalan pencegahan dan kawalan infeksi dalam kalangan anggota kesihatan turut dipertingkatkan di semua peringkat selain pemantauan terhadap status kesihatan anggota kesihatan yang terbabit dalam mengendalikan kes berkaitan.
 
Beliau menjelaskan, merujuk kepada laporan daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sehingga kini punca dan cara jangkitan sebenar MERS-CoV masih belum dikenal pasti.
 
 


Demikianlah Artikel Jemaah umrah dijangkiti MERS-CoV selepas sentuh unta, minum susu mentah

Sekianlah artikel Jemaah umrah dijangkiti MERS-CoV selepas sentuh unta, minum susu mentah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jemaah umrah dijangkiti MERS-CoV selepas sentuh unta, minum susu mentah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/jemaah-umrah-dijangkiti-mers-cov.html

Subscribe to receive free email updates: