Judul : KEMASKINI] PH masih belum putuskan siapa PM - Zuraida
link : KEMASKINI] PH masih belum putuskan siapa PM - Zuraida
KEMASKINI] PH masih belum putuskan siapa PM - Zuraida
ANTARAPOSKAJANG: Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) Zuraida Kamaruddin memaklumkan bahawa gabungan itu masih lagi belum mencapai kata sepakat berhubung jawatan perdana menteri, walaupun perkara itu akan diumumkan esok dalam Konvensyen PH.
Katanya lagi, perbincangan mengenai perkara itu masih diteruskan sehingga hari ini, termasuk pembahagian kerusi, pemilihan calon dan manifesto PH jika berjaya merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Saya difahamkan proses itu (calon PM) sedang berjalan. Ia bakal dimuktamadkan hari ini dan perkara itu akan diumumkan esok," katanya kepada media selepas Konvensyen Wanita PH di Kajang hari ini.
Sebelum ini menerusi pemukiman PH yang diadakan selama dua hari pada awal Disember lalu, dikatakan gagasan itu menamakan Dr Mahathir dan Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri dan timbalannya.
Dikatakan DAP, Amanah dan PPBM bersetuju dengan dua nama berkenaan, namun persetujuan dari PKR masih 'tergantung' memandangkan ia memerlukan perbincangan lanjut dalaman parti dan menunggu restu Anwar.
Namun, PKR didakwa mengemukakan tiga syarat terhadap pencalonan Dr Mahathir sebagai perdana menteri sebelum parti itu bersetuju dengan cadangan PH untuk mencalonkan pemimpin itu sebagai perdana menteri.
Dikhabarkan keputusan itu dicapai semasa PKR mengadakan mesyuarat biro politik pada 19 Disember lalu yang dihadiri pemimpin-pemimpin utamanya.
Syarat pertama yang didakwa diletakkan PKR adalah supaya Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dengan segera dan dilantik sebagai perdana menteri dalam tempoh antara enam hingga dua belas bulan.
PKR juga meminta diberikan 60 dari 165 kerusi Parlimen, jumlah terbesar berbanding peruntukan dari parti-parti lain di bawah gagasan pembangkang tersebut.
Malah PKR juga meminta Dr Mahathir, selaku Pengerusi PH bersetuju dengan reformasi yang ingin dilakukan terhadap institusi-institusi penting di negara ini.
Demikianlah Artikel KEMASKINI] PH masih belum putuskan siapa PM - Zuraida
Sekianlah artikel KEMASKINI] PH masih belum putuskan siapa PM - Zuraida kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KEMASKINI] PH masih belum putuskan siapa PM - Zuraida dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/kemaskini-ph-masih-belum-putuskan-siapa.html