Lim, Teng akan saman menyaman kerana projek terowong dan jalan?

Lim, Teng akan saman menyaman kerana projek terowong dan jalan? - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lim, Teng akan saman menyaman kerana projek terowong dan jalan?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lim, Teng akan saman menyaman kerana projek terowong dan jalan?
link : Lim, Teng akan saman menyaman kerana projek terowong dan jalan?

Baca juga


Lim, Teng akan saman menyaman kerana projek terowong dan jalan?

 
Selepas Teng secara terbuka mendakwa Lim Guan Eng berbohong mengenai pembayaran berkaitan projek terowong dasar laut, Lim berkata janji akan dikotakan dan akan menyaman pemimpin BN itu.


lim-guan-eng-Teng-Chang-Yeow


GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow akan bertemu di mahkamah untuk mementukan siapakah yang berbohong.

Lim berkata beliau akan menyaman Teng jika pemimpin BN itu menamakannya dan mendakwanya berbohong mengenai pembayaran berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Teng berbuat demikian pada sidang media hari ini. Teng berkata beliau juga akan menyaman Lim kerana memanggil seorang pembohong, tanpa memberitahu bila Lim membuat kenyataan itu.

Ditemui pemberita kemudiannya, Lim berkata memandangkan dirinya sudah dinamakan, beliau akan menyaman Teng.

Perlawanan mahkamah yang mungkin berlaku itu berikutan pertelingkahan mengenai cadangan projek terowong bawah tanah yang menghubungkan Persiaran Gurney di pulau dan Bagan Ajam di tanah besar. Projek tersebut masih di peringkat kajian kebolehlaksanaan.

Teng berkata dakwaan kerajaan Pulau Pinang yang ia tidak membayar satu sen pun untuk projek terowong dasar laut itu satu pembohongan. Beliau meminta kerajaan negeri untuk menghentikan pembohongan dan mengaku ada membuat pembayaran RM11.2 juta secara tunai seperti yang dinyatakan dalam jawapan di Dewan Undangan Negeri pada 2 November 2017.

Lim berkata RM11.2 juta itu bayaran kepada satu firma kejuruteraan untuk mengesahkan dan memperakui rekaan dan tuntutan kontraktor projek.

Beliau menegaskan satu sen pun tidak dibayar untuk projek terowong dasar laut itu. Beliau berkata kerajaan negeri memberikan 2 bidang tanah untuk kajian alam sekitar berkaitan pembinaan 3 jalan, yang dikatakan sebahagian daripada projek terowong itu.

Projek 3 jalan utama itu melibatkan lebuhraya dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (5.7km), dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang (10.53km) dan dari simpang Jalan Pangkor-Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (4.1km).

Lim kemudian mencabar Teng menghalakan dakwaan itu terus kepada dirinya, supaya beliau boleh menyaman Teng. Beliau memberitahu Teng untuk tidak memanggil kerajaan negeri pembohong kerana kerajaan negeri mengamalkan dasar tidak menyaman orang lain.

Teng hari ini menyahut cabaran Lim itu, walaupun menyifatkan cabaran itu “melucukan dan tidak munasabah”.

Teng juga berkata beliau akan menyaman Lim kerana memanggilnya seorang pembohong.

“Saya tidak gentar dengan ancaman undang-undang daripada Lim itu. Dia mahu tutup mulut saya daripada mendedahkan skandal kerajaan Pulau Pinang. Tindakan saya ini demi kepentingan rakyat Pulau Pinang.

“Saya ulangi apa yang saya katakan pada sidang media sebelum ini. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berbohong dalam jawapan kepada soalan berkenaan 3 lebuhraya yang menjadi sebahagian daripada projek terowong dasar laut itu melainkan dia membuktikan semua dokumen yang saya kemukakan untuk menyokong hujah saya ini palsu.

“Saya akan kemukakan dokumen yang sama untuk menyokong dakwaan saya. Semua kenyataan itu diambil daripada catatan di Facebook rasminya,” kata Teng dalam kenyataan yang dibacakan di ibu pejabat Gerakan Pulau Pinang hari ini.

Teng berkata beliau sudah mengarahkan peguam mengkaji tuduhan Lim yang menuduhnya berbohong dalam isu ini dan berkata beliau merizabkan hak untuk membawanya ke mahkamah.

Kemudiannya di Komtar, Lim berkata beliau menyedari dakwaan terbaharu Teng yang ditujukan kepaanya dan beliau akan menyaman Lim.

“Oleh kerana dia kata saya boleh saman dia, saya akan anggap dia sudah menjawab soalans aya dan kami berharap dia tidak akan cuba mengelak,” katanya.

Projek prasarana RM6.3 bilion itu mengundang perhatian Barisan Nasional susulan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



Demikianlah Artikel Lim, Teng akan saman menyaman kerana projek terowong dan jalan?

Sekianlah artikel Lim, Teng akan saman menyaman kerana projek terowong dan jalan? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lim, Teng akan saman menyaman kerana projek terowong dan jalan? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/lim-teng-akan-saman-menyaman-kerana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :