Mahfuz keluar PAS, Mohd Amar gembira

Mahfuz keluar PAS, Mohd Amar gembira - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahfuz keluar PAS, Mohd Amar gembira, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahfuz keluar PAS, Mohd Amar gembira
link : Mahfuz keluar PAS, Mohd Amar gembira

Baca juga


Mahfuz keluar PAS, Mohd Amar gembira

AKHBAR RAKYAT



Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah melahirkan rasa gembira susulan tindakan anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang meninggalkan parti itu.

Menurutnya, pengumuman Mahfuz keluar sebagai ahli PAS umpama mencabut duri dalam daging.
"Saya gembira apabila Mahfuz keluar daripada PAS, umpama kita cabut duri dalam daging.

"Dan keluarnya dia ini lebih senang untuk PAS terutamanya di kawasan Pokok Sena fokus dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14(PRU14)," katanya kepada media, di Kota Bharu, hari ini.

Kelmarin, Mahfuz yang menjadi ahli PAS sejak lebih 30 tahun mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil bebas mulai semalam.

Bekas naib presiden PAS itu mendakwa PAS hanya memperalatkan agama bagi melipatgandakan hukuman kesalahan syariah - melalui Rang Undang-undang 355.

Beliau turut tidak berpuas hati dengan pendirian parti yang berkecuali terhadap Belanjawan 2018 serta sasaran PAS untuk hanya memenangi 40 kerusi dalam PRU14.

Sementara itu, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata, adalah lebih bagi bagi Mahfuz keluar daripada PAS.

"Sebab bila dia duduk dalam PAS dan mengkritik pimpinan, macam duri dalam daginglah. Lebih baik dia di luar, bebas nak kata apa sebab dia bukan ahli PAS lagi.

"Kalau duduk dalam PAS perkara itu (mengkritik) tidak sepatutnya berlaku," katanya.
Mengulas pengaruh terhadap keputusan Mahfuz itu, Mohd Amar berkata, ia tidak akan memberi kesan besar terhadap parti.

"Dia tak boleh menarik ramai orang PAS keluar. Mungkin ada beberapa orang seperti isteri, anak atau kawan-kawan rapat. Kesannya tidak besar," katanya



Demikianlah Artikel Mahfuz keluar PAS, Mohd Amar gembira

Sekianlah artikel Mahfuz keluar PAS, Mohd Amar gembira kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahfuz keluar PAS, Mohd Amar gembira dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/mahfuz-keluar-pas-mohd-amar-gembira.html

Subscribe to receive free email updates: