Judul : Masih Januari, terlalu awal dakwa peruntukan ADUN PAS bermasalah - Khairuddin Othman
link : Masih Januari, terlalu awal dakwa peruntukan ADUN PAS bermasalah - Khairuddin Othman
Masih Januari, terlalu awal dakwa peruntukan ADUN PAS bermasalah - Khairuddin Othman
Oleh Zeanaaima Mohd Yusof
SHAH ALAM: Masih terlalu awal untuk membuat spekulasi kononnya peruntukan membabitkan ADUN PAS Selangor berdepan dengan masalah.
ADUN Paya Jaras, Khairuddin Othman memberitahu peruntukan untuk wakil rakyat ini pernah masuk pada bulan Februari pada tahun-tahun sudah, justeru beliau tidak melihat perkara ini sebagai sesuatu yang perlu dibimbangkan.
"Ini bukan benda baru. Sebab itu bagi saya pandangan serta ulasan peribadi tidak perlu sebenarnya, termasuk dari pimpinan kita. Kita tunggu macamana.
"(Awal tahun lepas) kelewatan itu ada. Kelewatan bajet kita biasa. Januari lambat itu biasa (sebab) kadang-kadang ada sampai Februari. (Sekarang) baru pertengahan Januari kan?," kata Khairuddin.
Beliau kemudiannya menggesa pimpinan PAS Selangor agar berjumpa dan mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
"Saya berharap PAS Selangor dapat duduk dengan menteri besar untuk bincang hal kerusi ini dan bincang untuk pertahankan kerajaan. Kalau kita serius nak bantu kerajaan dan kalau kita serius mahu salurkan kekayaan kepada rakyat, saya rasa pimpinan PAS Selangor duduk dengan pimpinan menteri besar, bincang elok-elok," katanya.
Pimpinan PAS Selangor sebelum ini mengesahkan 13 wakil rakyatnya di Selangor belum memperolehi peruntukan daripada kerajaan negeri, sekali gus memaksa sesetengah program mereka terpaksa dibatalkan atau dibiayai dengan wang persendirian mereka.
Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad yang juga ADUN Cempaka berkata beliau berpegang kepada kenyataan menteri besar bahawa peruntukan itu tidak dapat disalurkan seperti kebiasaan kerana masalah teknikal dan bukan kerana kepentingan politik.
Khairuddin kemudiannya mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Selangor, Dr Xavier Jayakumar bahawa ADUN PAS tidak harus menuntut peruntukan daripada kerajaan negeri jika nekad menentang gagasan itu pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) akan datang.
"Pertama ini mandat PRU13, kedua ia adalah perkara ini sudah diluluskan dalam sidang DUN. Ketika perbahasan, tidak ada pula bantahan-bantahan wakil rakyat yang lain.
"Bajet yang diluluskan adalah bajet yang diluluskan dalam sidang dewan (DUN Selangor), yang diperuntukkan kepada semua ADUN termasuk ADUN Barisan Nasional (BN). Kita minta bantuan daripada menteri besar untuk bantu kita (ADUN PAS). Segala pandangan Dr Xavier, itu pandangan peribadi dia," kata Khairuddin.
Khairuddin buat kesekian kalinya menegaskan PAS Selangor tidak perlu mengheret istana dalam isu pentadbiran sebegini.
"Jangan heret istana dalam hal ini. Selesai dalam cara pentadbiran. Lagi pun baru Januari. Jangan libatkan istana dalam isu pentadbiran. Kita bincang dengan menteri besar," katanya ketika mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi bahawa pihaknya tidak menolak membawa isu itu ke pengetahuan Sultan Selangor.
Demikianlah Artikel Masih Januari, terlalu awal dakwa peruntukan ADUN PAS bermasalah - Khairuddin Othman
Sekianlah artikel Masih Januari, terlalu awal dakwa peruntukan ADUN PAS bermasalah - Khairuddin Othman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Masih Januari, terlalu awal dakwa peruntukan ADUN PAS bermasalah - Khairuddin Othman dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/masih-januari-terlalu-awal-dakwa.html