Judul : Menteri, KSU digesa kembalikan kuasa Majlis Angkatan Tentera, kata veteran ATM
link : Menteri, KSU digesa kembalikan kuasa Majlis Angkatan Tentera, kata veteran ATM
Menteri, KSU digesa kembalikan kuasa Majlis Angkatan Tentera, kata veteran ATM
Majlis Angkatan Tentera (MAT) harus dikembalikan fungsinya mengikut Perlembagaan Negara bukan diletakkan di bawah kuasa seorang Menteri dan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan.
Setiausaha Kehormat Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) Mejar TUDM (B) Mior Rosli berkata, MAT dilihat lemah melaksanakan fungsinya mengikut peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Negara berikutan,kuasanya telah berpindah kepada Lembaga Menteri sejak 1981.
Sekiranya perkara ini tidak diperbetulkan dakwanya, dikhuatiri Lembaga Menteri akan mengambil alih sepenuhnya fungsi MAT mengenai perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu mengenai Perintah, Pentadbiran dan Disiplin anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ini berlaku apabila seorang menteri dan KSU boleh menentukan keputusan terhadap pentadbiran, perjawatan, pencen dan operasi anggota ATM melalui Lembaga Menteri.
“Dalam Perlembagaan Persekutuan, kedudukan ATM adalah kekananan daripada perkhidmatan awam yang lain seperti, perkhidmatan kehakiman dan perundangan;perkhidmatan awam; pasukan polis;perkhidmatan awam setiap negeri dan; perkhidmatan pendidikan.
“Dalam Perkara 137 Perlembagaan Persekutuan, ATM diletakkan di bawah MAT bukan di bawah sebuah suruhanjaya sebagaimana perkhidmatan awam yang lain.
“Bahkan YDP Agong adalah pemerintah tertinggi ATM yang mempunyai kuasa mutlak di dalam Perlembagaan dan mengatasi Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.
“Dalam Perkara 137 (1) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa: MAT hendaklah bertanggungjawab di bawah kuasa am Yang Dipertuan Agong bagi pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran angkatan tentera dan segala perkara lain yang berhubungan dengannya selain perkara yang berhubungan dengan penggunaan angkatan tentera bagi maksud operasi.
“Oleh itu, kuasa Panglima ATM adalah yang tertinggi daripada kuasa seorang Menteri Pertahanan dan Ketua Setiausaha Kementerian sebagaimana yang diperuntukan oleh Akta Angkatan Tentera 1972,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau juga melahirkan kekesalan apabila Panglima-panglima Tertinggi ATM seolah-olah tidak peka terhadap perkara tersebut dengan membiarkan kuasa yang dimiliki oleh MAT kepada Menteri Pertahanan dan KSU.
“Panglima ATM yang dilantik YDP Agong berkuasa sepenuhnya dalam membuat keputusan walaupun Menteri Pertahanan sebagai Pengerusi dan Ketua Setiausaha Pertahanan sebagai Setiausaha dalam MAT tidak mempunyai kuasa veto membuat keputusan.
“Mereka (Panglima ATM) takut pada menteri dan tidak faham undang-undang. Kebanyakan mereka tidak tahu undang-undang itu sudah termaktub dalm perlembagaan. Malah kebanyakan bekas Panglima ATM juga tidak tahu mereka mempunyai kuasa yang besar dalam MAT ketika mereka berkhidmat.
“Jadi saya nak bagi tahu kepada Panglima-Panglima ATM yang sedang berkhidmat agar mendesak kerajaan dan MAT menguatkuasakan kembali undang-undang sedia ada termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Supaya masalah veteran dan ATM dapat diselesaikan lebih profesional bukan mengikut kehendak pemimpin politik.
“ATM yang diketuai Panglima Angkatan Tentera mempunyai kuasa yang besar berbanding menteri.
Sebaliknya amalan ‘ultra vires’ (melebihi daripada undang-undang sedia ada) antara perkhidmatan awam dan ATM menyebabkan fungsi MAT dikesampingkan dalam peruntukan undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan,” ujarnya.
Bahkan beliau berkata, selain Menteri dan KSU kini Ketua Setiausaha Negara (KSN) pula dakwanya cuba mengawal badan kehakiman dan perundangan selain ATM.
“Selain orang politik, perkhidmatan awam juga cuba mengawal badan kehakiman dan perundangan selain ATM.
“Sedangkan dalam Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan telah menghadkan bidangkuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kepada perkhidmatan awam yang tertentu sahaja yang tersenarai di bawah Perkara 132 iaitu perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan polis dan perkhidmatan awam sahaja.
“Ini bermakna ATM menurut Perkara 139 yang dinyatakan itu dengan sendirinya terkeluar daripada bidang kuasa Suruhanjaya Pekhidmatan Awam yang diketuai KSN,” ujarnya.
Terang beliau lagi ATM tertakluk di bawah kuasa tertinggi YDP Agong menepati peruntukan dalam Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan. YDP Agung hendaklah menjadi pemerintah tertinggi ATM, baginda mempunyai kuasa mutlak untuk memerintah dan mentadbir ATM dan mempunyai kuasa budi bicaranya.
Di bawah MAT ahli-ahlinya turut disertai wakil daripada Raja-raja Melayu; Panglima Angkatan Tentera yang dilantik YDP Agong;Wakil raja Melayu yang dilantik oleh Majlis Raja-raja Melayu; seorang pegawai kanan tentera Laut dan Darat dilantik YDP Agong dan; dua anggota tambahan sama ada tentera atau preman juga dilantik oleh YDP Agong.
Kata Mior lagi, walaupun Menteri sebagai Pengerusi dan KSU sebagai Setiausaha dalam barisan ahli MAT, namun Menteri dan KSU tidak ada kuasa veto dalam MAT.
“Majlis Raja-Raja mempunyai kepentingan dalam MAT berbanding pentadbir suruhanjaya-suruhanjaya perkhidmatan awam lainnya.
“MAT mempunya tiga kuasa boleh dilaksanakan iaitu perintah, pentadbiran dan disiplin di bawah Akta ATM 1972 atas perkenan YDP sebagaimana dalam Perkara 41 dan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan.
“MAT boleh buat peraturan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) untuk anggota dan veteran tentera tanpa perlu menunggu kelulusan atau arahan Menteri dan KSU.
“PMAT ertinya arahan atau perintah yang dikeluarkan oleh MAT menurut Akta Angkatan Tentera 1972,” jelasnya.
Katanya lagi, sejak 1981 banyak isu yang sepatutnya dibentangkan kepada MAT tidak diputuskan di peringkat Lembaga Menteri.
Ini kerana bidangkuasa Lembaga Menteri telah menjadi satu badan yang menyelaras dan menyelesaikan masalah ATM dan kakitangan perkhidmatan awam di Kementerian Pertahanan (Kementah), kecuali dalam perkara yang berkaitan dengan operasi akan diserahkan kepada keputusan MAT.
Oleh itu MAT dilihat telah lemah fungsinya sejak Lembaga Menteri diwujudkan.
Demikianlah Artikel Menteri, KSU digesa kembalikan kuasa Majlis Angkatan Tentera, kata veteran ATM
Sekianlah artikel Menteri, KSU digesa kembalikan kuasa Majlis Angkatan Tentera, kata veteran ATM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Menteri, KSU digesa kembalikan kuasa Majlis Angkatan Tentera, kata veteran ATM dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/menteri-ksu-digesa-kembalikan-kuasa.html