MP berkecuali dicabar berterus terang dalam kempen PRU

MP berkecuali dicabar berterus terang dalam kempen PRU - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MP berkecuali dicabar berterus terang dalam kempen PRU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MP berkecuali dicabar berterus terang dalam kempen PRU
link : MP berkecuali dicabar berterus terang dalam kempen PRU

Baca juga


MP berkecuali dicabar berterus terang dalam kempen PRU


MP berkecuali dicabar berterus terang dalam kempen PRU



Ahli parlimen yang berkecuali dalam isu-isu tertentu melibatkan kepentingan rakyat ketika persidangan dewan rakyat dicabar berterus-terang semasa kempen pilihan raya umum nanti.

Timbalan Ketua AMANAH kawasan Bachok Datuk Ismail Ghani berkata, adalah aneh bila mereka yang dipilih oleh rakyat untuk melawan parti pemerintah bertindak berkecuali.

“Dalam sistem kita hanya ada dua pihak dan di dewan rakyat ahlinya hanya ada dua kategori sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang.

Datuk Ismail Ghani berucap di program Dialog Kedai Kopi (DKK) di Kampung Pauh Sembilan, Bachok kelmarin.

“Wakil rakyat bebas pun kalau mereka tidak menyokong kerajaan, diletakkan di bahagian pembangkang,” katanya ketika berucap di program Dialog Kedai Kopi (DKK) di Kampung Pauh Sembilan, Bachok kelmarin.

Datuk Ismail pernah berkhidmat sebagai Penolong Ketua Jajahan (ADO) dan kemudiannya memegang jawatan Ketua Jajahan (DO) Bachok.

Tugas pembangkang katanya, bercakap bagi pihak rakyat yang teraniaya akibat dasar-dasar kerajaan dan tindakan-tindakan menyeleweng dalam pentadbiran negara.

“Dalam konteks kita sekarang, berlaku penyelewengan dalam pelbagai agensi kerajaan termasuk di peringkat tertinggi.

“Negara kita dikejutkan dengan isu 1MDB yang telah kecoh di seluruh dunia.

“Agensi-agensi utama seperti Tabung Haji, KWSP, Tabung Angkatan Tentera, Kumpulan Wang Pencen dan Felda kini penuh dengan kontroversi.

“Terbaru timbul isu tanah Felda berharga di tengah kota Kuala Lumpur bertukar tangan tanpa perolehan satu sen pun,” katanya.

Di tengah-tengah kemelut seperti ini menurut beliau, boleh wujud wakil-wakil rakyat berkecuali apabila diminta menolak rancangan kerajaan.

“Bagi saya ini satu pengkhianatan kepada rakyat.

“Seperti yang sentiasa saya diajar oleh arwah Tok Guru Nik Aziz, kita mesti membangkang kemungkaran dalam hal penyelewengan dana rakyat.

“Wakil rakyat seperti ini saya cabar bila bertanding dalam pilihan raya nanti berterus terang kepada rakyat bahawa mereka akan berkecuali bila berada dalam dewan rakyat selepas dipilih,” katanya.

Pada persidangan belanjawan akhir tahun lalu, ahli-ahli parlimen Pas dua kali bertindak berkecuali.

Pertama ketika pembangkang membuat keputusan mengundi untuk menolak bajet.

Kali kedua apabila pengundian dibuat untuk menolak perbekalan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNK) yang antara lain bertugas mengawal selia pelaksanaan GST.

Ahli parlilmen Bukit Gantang dan Rantau Panjang telah berkecuali menyebabkan pihak kerajaan menang dengan hanya satu undi.

Turut hadir di majlis itu adalah pengerusi AMANAH negeri Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah serta pimpinan AMANAH kawasan Bachok.



Demikianlah Artikel MP berkecuali dicabar berterus terang dalam kempen PRU

Sekianlah artikel MP berkecuali dicabar berterus terang dalam kempen PRU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MP berkecuali dicabar berterus terang dalam kempen PRU dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/mp-berkecuali-dicabar-berterus-terang.html

Subscribe to receive free email updates: