Judul : Orang lain paling kurang pernah harum dan manis, kata Hanipa
link : Orang lain paling kurang pernah harum dan manis, kata Hanipa
Orang lain paling kurang pernah harum dan manis, kata Hanipa
MALAYSIA DATELINEAhli Jawatankuasa AMANAH, Hanipa Maidin berkata, ada pemimpin kanan parti suci yang semua tahu agak kecewa dengan keluarnya sahabat beliau Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sekeluarga daripada parti suci cuba menyembunyikan kekecewaan beliau itu dengan madah berhelah.
Semalam, Mahfuz mengisytiharkan dirinya keluar Pas berkuatkuasa jam 11.56 malam sempena sambutan tahun baharu 2018.
Kata Hanipa, maka diwiridkanlah jika harum manis sudah busuk, ia akan jatuh sendiri dan pada masa itu sekupang pun orang tak mahu beli.
“Diibaratkan juga YB Pokok Sena tu macam ayam betina, bila bertelur riuh sekampung sebab ia terkejut sendiri. Katanya, tiada orang peduli kecuali yang jenis ayam juga,” tulis Ahli Parlimen Sepang itu dalam Facebooknya.
Sehubungan itu beliau telah memberikan komen-komen beliau.
“Bila anta kata seseorang itu harum manis sebelum busuk, paling kurang dia pernah juga orang hidu harum dan orang rasa manis ya sheikh. Yang anta dengan geng anta tu harum pun tak pernah, manis jauh sekali, bukankah lagi teruk? Yang kami tahu anta dan geng “busuk” sokmo.
“Jika YB Pokok Sena keluar parti suci ibarat ayam betina yang bertelur dan kecoh dan yang ambil peduli hanya ayam juga, sahlah anta lah ayam tu.
“Bukankan bila anta komen menunjukkan anta tu ambil peduli ya sheikh. Dalam parti anta pun ada orang yang amat rapat dengan pemimpin tertinggi dan dipanggil juga dengan gelaran ayam, janganlah komen anta menyebabkan dia pedih dan terasa pulak. Dia suci dan tak bersalah ya sheikh.
“Katakanlah satu Malaya kecoh sebab “ayam betina” bertelur, kekecohan itu sebab dia bertelur emas..tu yang jadi rebutan ramai.
“Yang tak jadi rebutan adalah yang jenis ayam jantan yang dah lah tak bertelur, tua bangka pulak tu, lepas tu suka pulak berkubang dengan spesis haiwan yang suka benda-benda kotor pulak tu..mana lah ada orang minat..orang tunggu nak sembelih je ya sheikh!” sindir beliau.
Demikianlah Artikel Orang lain paling kurang pernah harum dan manis, kata Hanipa
Sekianlah artikel Orang lain paling kurang pernah harum dan manis, kata Hanipa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Orang lain paling kurang pernah harum dan manis, kata Hanipa dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/orang-lain-paling-kurang-pernah-harum.html