Judul : Pelajar cuba bunuh diri masih kritikal, guru dipindah ke PPD
link : Pelajar cuba bunuh diri masih kritikal, guru dipindah ke PPD
Pelajar cuba bunuh diri masih kritikal, guru dipindah ke PPD
ANTARAPOSNIBONG TEBAL: Ibu bapa pelajar Tingkatan Dua yang masih dalam keadaan kritikal akibat kecederaan otak selepas cuba membunuh diri ekoran dituduh mencuri telefon bimbit gurunya mengharapkan suatu keajaiban.
Pelajar berusia 14 tahun itu kini bertarung nyawa sebaik dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya.
Remaja perempuan itu telah meninggalkan nota kepada ibu bapanya menafikan dia mencuri telefon gurunya dan mengakui tidak mahu menyusahkan mereka.
Sejak kejadian pada Rabu lalu, ahli keluarga termasuk tiga beradiknya serta rakan berdoa agar dia pulih.
Menurut bapanya yang juga bekas tukang masak berusia 50an, dua hari sebelum kejadian, anaknya mengumpul RM70 bersama kawan sekolahnya untuk menganjurkan majlis sambutan hari lahir guru mereka.
"Dia serahkan duit itu kepada saya untuk memasak hidangan untuk majlis itu di sekolah.
"Saya sama sekali tidak menyangka kejadian ini akan berlaku selepas majlis itu," katanya.
Sementara itu, ahli keluarga pelajar itu mendakwa, guru terlibat dan suaminya telah menyoal siasat remaja itu selama hampir lima jam, malah turut mengugut untuk membawanya ke balai polis jika enggan mengaku melakukan perbuatan mencuri itu.
Pasangan itu kemudiannya telah membawa pelajar berkenaan pulang, sebelum berbincang dengan ibu bapa remaja itu mengenai kejadian berkenaan.
Ketika itu, remaja itu dipercayai telah cuba menggantung dirinya dalam bilik, sebelum ditemui bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Mohd Jamil Mohamed berkata, guru terlibat telah dipindahkan ke pejabat pendidikan daerah (PPD) Seberang Prai Selatan susulan kes berkenaan.
"Siasatan telah bermula dan guru berkenaan telah ditempatkan di pejabat pendidikan daerah," katanya.
Demikianlah Artikel Pelajar cuba bunuh diri masih kritikal, guru dipindah ke PPD
Sekianlah artikel Pelajar cuba bunuh diri masih kritikal, guru dipindah ke PPD kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelajar cuba bunuh diri masih kritikal, guru dipindah ke PPD dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/pelajar-cuba-bunuh-diri-masih-kritikal.html