Judul : Pengerusi Ummah buta fakta dan sejarah, kata Patriot
link : Pengerusi Ummah buta fakta dan sejarah, kata Patriot
Pengerusi Ummah buta fakta dan sejarah, kata Patriot
MALAYSIA DATELINEPresiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) BG Datuk Mohamed Arshad Raji dalam kenyataan medianya hari ini berkata, persatuan itu berasa sangat kecewa dengan mereka yang menaja forum Ummah yang diselitkan dengan ucapan-ucapan membenci di samping memutar-belitkan fakta sejarah.
Menurut beliau, pada masa ekonomi negara menghadapi begitu banyak ketidakpastian, pertumbuhan yang tidak stabil sejak 2016, hutang kerajaan pada kadar 53.2% KDNK, hutang 1MDB yang perlu dibayar, 50,000 pekerja bakal hilang pekerjaan tahun ini; sebarang tindakan yang menyebabkan perpecahan adalah tidak sihat buat negara dan masyarakat.
“Kami merujuk kepada laporan Malay Mail Online pada 13 Jan 18, ‘Dalam ucapan yang berapi-api, ulama memberitahu forum bahawa hanya orang Melayu menentang penceroboh dan komunis’.
“Dilaporkan bahawa Ismail Mina Ahmad, pengerusi Ummah, kumpulan payung untuk pertubuhan-pertubuhan Islam, menegaskan bahawa hanya orang Melayu yang berjuang melawan komunis.
“Beliau juga mengatakan bahawa hanya orang Melayu yang berperang melawan British dan Jepun.
“Penegasan lain oleh pengerusi Ummah adalah bahawa kaum minoriti yang bersuara lantang (merujuk kepada orang bukan Melayu) menimbulkan bahaya kepada kedudukan Islam di negara ini dan pemerintahan politik Melayu dengan tujuan merebut kuasa, dan juga mahu menjadi Perdana Menteri,” kata beliau.
Patriot kata beliau tidak marah dengan Ismail Mina Ahmad, kerana apa yang beliau ucapkan tidak mencerminkan diri beliau sebagai seorang yang mahir dalam hal ehwal semasa dan sejarah.
“Seseorang yang berusia, berpengalaman dalam agama, serta berakar dalam sentimen ‘bangsa dan agama’, beliau mungkin mudah dimanipulasi oleh orang lain dengan sentimen berhubung kaum dan agama.
“Lain-lain taktik kotor juga mungkin digunapakai memandangkan pilihan raya umum yang semakin hampir. Seorang ulama dan orang tua biasanya mempunyai kebijaksanaan, mempromosikan perasaan kasih sayang, kedamaian, pemahaman, dan belas kasihan.
“Sudah tentu tidak mempromosikan perasaan kebencian,” kata beliau.
Tambah beliau, kejahilan boleh menimbulkan perasaan jijik jika tidak sekat.
“Patriot perlu mengulangi apa yang telah disebutkan sebelum ini.
“Sejak zaman sebelum merdeka, semasa darurat pertama dan kedua, tahun-tahun awal ‘Home Guard’, ‘Templer’s Super 12’, Rejimen Persekutuan, Misi Pengaman Congo, Konfrontasi, keganasan komunis dalam bandar, operasi hutan di Semenanjung Malaysia , Sabah dan Sarawak; pegawai dan anggota bukan Melayu, termasuk kaum Cina, India, Sikh, Orang Asli, Iban, Dayak dan Kadazan; berjuang dengan berani bersama rakan-rakan seperjuangan Melayu mereka.
“Dalam Tentera Udara, ramai juruterbang bukan Melayu menerbangkan helikopter dalam misi bahaya menghantar bekalan dan membuat evakuasi, dan pesawat mereka ditembak pihak musuh.
“Ada dalam kalangan pegawai dan anggota ini yang menjadi korban dan ada juga yang dianugerahkan dengan pingat keberanian.
“Di samping itu, kejayaan yang dicapai oleh pasukan keselamatan kita dalam menangani pemberontak PKM (Parti Komunis Malaya) dan pengganas dalam bandar adalah hasil operasi bahaya dan rahsia yang dijalankan oleh polis Cawangan Khas dan Perisikan Tentera, yang ramai terdiri daripada kaum Cina,” jelasnya.

Demikianlah Artikel Pengerusi Ummah buta fakta dan sejarah, kata Patriot
Sekianlah artikel Pengerusi Ummah buta fakta dan sejarah, kata Patriot kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengerusi Ummah buta fakta dan sejarah, kata Patriot dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/pengerusi-ummah-buta-fakta-dan-sejarah.html