PH S’gor masih gagal muktamadkan agihan kerusi PRU14

PH S’gor masih gagal muktamadkan agihan kerusi PRU14 - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH S’gor masih gagal muktamadkan agihan kerusi PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH S’gor masih gagal muktamadkan agihan kerusi PRU14
link : PH S’gor masih gagal muktamadkan agihan kerusi PRU14

Baca juga


PH S’gor masih gagal muktamadkan agihan kerusi PRU14

THE MALAYSIAN TIMES
 


SHAH ALAM: Pakatan Harapan Selangor dilihat masih gagal memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Perkara itu diakui Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyifatkan pihaknya masih mempunyai masa untuk berbuat demikian.

Beliau berkata meskipun masih belum memutuskan soal pengagihan kerusi DUN, Pakatan Harapan Selangor bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan termasuk sekiranya PRU14 diadakan pada April depan.

“Adalah selamat untuk saya menyatakan bahawa kami sudah bersedia untuk itu (PRU14), sama ada dari segi calon, pengagihan kerusi dan persediaan untuk pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor di sini hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Jamzuri Ardani baru-baru ini yang dilaporkan berkata bahawa beliau (Mohamed Azmin) cuba melengah-lengahkan usaha pengagihan kerusi DUN bagi menghadapi PRU14.

Menerusi laporan portal berita, themalaysianinsight.com, Jamzuri mengakui bahawa pengagihan kerusi DUN bagi Pakatan Harapan itu masih gagal diputuskan sehingga kini walaupun tarikh akhir bagi memuktamadkan perkara itu ditetapkan Rabu ini.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dan kerusi DUN Bukit Antarabangsa pada PRU14, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata perkara itu masih belum diputuskan kerana tertakluk kepada perbincangan dengan parti.– Bernama



Demikianlah Artikel PH S’gor masih gagal muktamadkan agihan kerusi PRU14

Sekianlah artikel PH S’gor masih gagal muktamadkan agihan kerusi PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PH S’gor masih gagal muktamadkan agihan kerusi PRU14 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/ph-sgor-masih-gagal-muktamadkan-agihan.html

Subscribe to receive free email updates: