Judul : Ramai tak sedar subsidi kerajaan bantu ringan kos sara hidup - Najib
link : Ramai tak sedar subsidi kerajaan bantu ringan kos sara hidup - Najib
Ramai tak sedar subsidi kerajaan bantu ringan kos sara hidup - Najib
ANTARAPOSSHAH ALAM: Di sebalik suara rakyat mengenai bebanan kos sara hidup, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata masih ramai yang tidak menyedari kerajaan meneruskan 'indirect subsidi' bagi meringankan beban terutamanya dari segi kesihatan dan pendidikan.
Najib berkata rakyat masih boleh menikmati bayaran serendah RM1 untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan manakala pendidikan di peringkat tadika, sekolah rendah dan menengah secara percuma ditanggung kerajaan.
Ujarnya, kerajaan turut menampung 90 peratus perbelanjaan untuk pembelajaran di pusat pengajian awam.
"Ini adalah dikatakan 'indirect subsidi' tetapi ramai orang tidak sedar," katanya dalam program wawancara 'Bicara 4 Mata' yang disiarkan portal theRakyat, RTM dan TV3 bersempena pelancaran portal itu malam tadi.
Portal theRakyat merupakan portal rasmi Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Perdana Menteri ditemu ramah oleh pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi.
"Di UTC (Pusat Transformasi Bandar), ada Klinik Rakyat 1Malaysia, ada orang betulkan gigi. Bayarannya RM1. Kalau dia pergi swasta dia kena beratus ringgit," kata Najib.
"Ada seorang itu, dia menghidap penyakit diabetes...sebeban ubatnya. Saya tanya doktor berapa ubat, doktor kata percuma sebab rawatan dan jumpa doktor di klinik kerajaan bayar RM1 sahaja. Ubat-ubatan percuma, jadi tengok banyak subsidi yang kita beri kepada rakyat," katanya.
Bukan sekadar kesihatan dan pendidikan sahaja, kerajaan juga, kata Najib, meringankan bebanan kos sara hidup rakyat menerusi subsidi dalam memastikan rakyat miskin turut boleh memiliki rumah.
Najib menjelaskan pentadbirannya mengurangkan subsidi pukal bagi barangan, contohnya subsidi minyak, kerana ia lebih menguntungkan golongan berkereta besar berbanding golongan yang menggunakan motosikal kecil.
Najib berkata ia digantikan dengan subsidi bersasar, contohnya, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
"Bila buat BR1M kita lebih 'targeted' (bersasar), lebih fokus kepada golongan yang memerlukan. Jadi kita hapuskan subsidi minyak, hampir tidak ada.
"Kita katakan rasionalisasi subsidi dan hasil yang kita jimat, kita pindah kepada BR1M. BR1M terus kepada orang yang memerlukan bantuan. Jadi apa salahnya. Tidak ada salahnya," katanya apabila ditanya mengenai tanggapan bahawa BR1M dilihat sebagai 'gula-gula' dan tidak berkesan.
Katanya, BR1M juga masih lagi dikehendaki dan diterima baik oleh rakyat. Buktinya beliau berkata ialah apabila beliau melancarkan UTC di Seremban baru-baru ini dan beliau telah mendapati ramai orang telah berkunjung ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di situ untuk menyemak sama ada nama mereka tersenarai sebagai penerima BR1M atau tidak.
Menyentuh mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST), Perdana menteri menjelaskan kutipan GST digunakan untuk pelbagai program untuk membantu rakyat, seperti BR1M, bantuan kepada nelayan, pesawah padi serta perbelanjaan kesihatan dan pendidikan.
Mengambil contoh, beliau berkata, kerajaan telah membelanjakan RM24 bilion untuk kesihatan tahun lalu.
"Kutipan kita cuma RM600 juta sahaja. Jadi perbezaan itu kita tampung melalui pendapatan GST," jelasnya.
Demikianlah Artikel Ramai tak sedar subsidi kerajaan bantu ringan kos sara hidup - Najib
Sekianlah artikel Ramai tak sedar subsidi kerajaan bantu ringan kos sara hidup - Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ramai tak sedar subsidi kerajaan bantu ringan kos sara hidup - Najib dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/ramai-tak-sedar-subsidi-kerajaan-bantu.html