“Saya kesian dengan Tun Mahathir” – Idris Jusoh

“Saya kesian dengan Tun Mahathir” – Idris Jusoh - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Saya kesian dengan Tun Mahathir” – Idris Jusoh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Saya kesian dengan Tun Mahathir” – Idris Jusoh
link : “Saya kesian dengan Tun Mahathir” – Idris Jusoh

Baca juga


“Saya kesian dengan Tun Mahathir” – Idris Jusoh

THE MALAYSIAN TIMES
 
Gambar: AFP 

BESUT, 12 Jan: Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Idris Jusoh berkata pembahagian kerusi Parlimen untuk ditandingi parti komponen Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) hanya menguntungkan DAP.

Beliau mendakwa kerusi yang diberikan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) adalah di kawasan yang parti itu tidak boleh menang.

Katanya ini jelas menunjukkan DAP terus mempergunakan orang Melayu khususnya Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memecah-belahkan undi orang Melayu.

“Saya kesian dengan Tun Mahathir kerana beliau telah terjebak dengan strategi DAP untuk memecah-belahkan undi Melayu.

“Saya ingin memberi peringatan kepada orang Melayu khususnya jangan terikut-ikut dengan agenda DAP. Mereka tidak akan menerima perjuangan Islam dan Melayu,” kata Anggota Parlimen Besut itu kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Temu Murni Pesara Besut di sini, hari ini.

Ahad lepas Pakatan Harapan mengumumkan pengagihan kerusi Parlimen akan ditandingi parti komponen itu pada PRU14 iaitu PPBM (52) , Parti Keadilan Rakyat (PKR) (51) DAP (35) dan Parti Amanah Negara (Amanah) (27), keseluruhannya 165 kerusi di Semenanjung Malaysia.

Idris berkata orang Melayu perlu meneliti dan mengkaji bahawa DAP bukanlah sebuah parti yang terbaik untuk menerajui pemerintahan Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Idris yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata beliau telah diundang oleh Organisasi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Islam (ISESCO) untuk membentangkan kejayaan sistem pendidikan tinggi negara pada persidangan pendidikan tinggi negara-negara Islam di Kuala Lumpur pada 19 Jan ini.

“Mereka juga ingin mempelajari dan kita akan berkongsi dengan mereka cara dan acuan pendidikan tinggi kita, apa yang boleh kita lakukan untuk menambah baik sistem pendidikan negara Islam… bukan sahaja dalam bidang agama, akhlak tetapi juga dalam bidang sains dan teknologi,” katanya.



Demikianlah Artikel “Saya kesian dengan Tun Mahathir” – Idris Jusoh

Sekianlah artikel “Saya kesian dengan Tun Mahathir” – Idris Jusoh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Saya kesian dengan Tun Mahathir” – Idris Jusoh dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/saya-kesian-dengan-tun-mahathir-idris.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :