Judul : Sedia bekerjasama tapi hairan SPRM ambil masa lama - Guan Eng
link : Sedia bekerjasama tapi hairan SPRM ambil masa lama - Guan Eng
Sedia bekerjasama tapi hairan SPRM ambil masa lama - Guan Eng
ANTARAPOSGEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sedia memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan projek terowong dasar laut.
Namun beliau hairan mengapa siasatan itu masih belum selesai walaupun ia telah dimulakan sejak 2016 lagi.
“Saya terkejut kenapa siasatan masih tidak siap sampai sekarang. Mereka mulakan siasatan ini sejak 2016, dan kini ia masih diteruskan.
“Saya terkejut kerana projek itu diberikan menerusi tender terbuka, yang dipantau oleh syarikat perakaunan antarabangsa KPMG. Keputusan pemberian tender itu dibuat oleh exco kerajaan negeri.
“Saya berharap ini bukan kerana pilihan raya semakin hampir atau serangan oleh pro Barisan Nasional (BN) terhadap kerajaan negeri,” katanya pada sidang media hari ini.
SPRM hari ini mereman selama enam hari dua pengarah syarikat di mahkamah majistret di George Town dan Putrajaya berkaitan siasatan itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Semalam SPRM merampas dokumen dibeberapa pejabat agensi kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), yang mempunyai kaitan dengan projek berkenaan.
Agensi itu turut menyerbu beberapa syarikat berkaitan yang beroperasi di sekitar negeri ini.
Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer, yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.
Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaannya yang terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran membabitkan pertukaran tanah kerajaan negeri.
Pelaksanaannya juga dibantah dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Oktober tahun lalu, Kerajaan DAP Pulau Pinang mengakui gagal menyerahkan laporan kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut kepada Kementerian Kerja Raya, dengan alasan jangkaan pelaksanaan projek terbabit masih lambat, iaitu pada 2023.
Demikianlah Artikel Sedia bekerjasama tapi hairan SPRM ambil masa lama - Guan Eng
Sekianlah artikel Sedia bekerjasama tapi hairan SPRM ambil masa lama - Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sedia bekerjasama tapi hairan SPRM ambil masa lama - Guan Eng dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/sedia-bekerjasama-tapi-hairan-sprm.html