Judul : Sekat Peruntukan : Azmin Tiru Polisi Lim Guan Eng ?
link : Sekat Peruntukan : Azmin Tiru Polisi Lim Guan Eng ?
Sekat Peruntukan : Azmin Tiru Polisi Lim Guan Eng ?

Tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyekat peruntukan kepada wakil rakyat PAS seperti meniru polisi yang telah digunakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyekat peruntukan kepada musuh-musuh politiknya.
Sebelum meletus isu Azmin menyekat peruntukan kepada wakil rakyat PAS, pada tahun lalu, Guan Eng telah memperkenalkan polisi yang sama ADUN dari partinya sendiri, DAP, yang tidak selari dengan pendiriannya, atau terhadap rakan sekutu politiknya, beberapa ADUN daripada PKR.
“Di Selangor ADUN-ADUN PAS mengadu peruntukan mereka disekat oleh Azmin Ali.
“Tidak mengejutkan kerana PAS bukan sekutu PKR dalam Pakatan Harapan walaupun PAS masih lagi sebahagian dari Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
“Azmin Ali tentunya tidak akan rela ADUN-ADUN PAS Selangor menggunakan peruntukan tahunan itu untuk mengukuhkan kedudukan dan sokongan kepada mereka, apatah lagi PRU14 semakin dekat.
Tentunya Azmin Ali tidak mahu membiayai politik parti seterunya,”kata Azizi Safar dalam Facebook.
Tambah Azizi, perkara yang sama telah dilakukan Guan Eng di Pulau Pinang, di mana beliau telah menyekat peruntukan ADUN DAP-Tanjong Bungah, Teh Yee Cheu.
“Di Pulau Pinang, peruntukan tahunan ADUN DAP-Tanjong Bungah juga disekat. Kes di Penang ini serupa dengan kes di Selangor.
“Teh Yee Cheu sudah menyatakan dia akan keluar DAP sebaik saja Parlimen dibubarkan untuk diadakan PRU14. Dia juga nyatakan kemungkinan akan tanding sebagai calon kuasa ke-3 di kawasan DUN sama yang dia telah dua kali menang.
“Mana mungkin Lim Guan Eng akan membiarkan Teh Yee Cheu guna wang kerajaan negeri untuk mengukuhkan kedudukan dan sokongan kepada dia,”katanya lagi.
Demikianlah Artikel Sekat Peruntukan : Azmin Tiru Polisi Lim Guan Eng ?
Sekianlah artikel Sekat Peruntukan : Azmin Tiru Polisi Lim Guan Eng ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sekat Peruntukan : Azmin Tiru Polisi Lim Guan Eng ? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/sekat-peruntukan-azmin-tiru-polisi-lim.html