Judul : Terowong dasar laut: BN serah dokumen untuk 'rujukan' Guan Eng
link : Terowong dasar laut: BN serah dokumen untuk 'rujukan' Guan Eng
Terowong dasar laut: BN serah dokumen untuk 'rujukan' Guan Eng
ANTARAPOSGEORGETOWN: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini menyerahkan beberapa dokumen rujukan berkaitan projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang dirangka di bawah Pelan Induk Pengangkutan (PIP) kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Dokumen itu diserahkan oleh Naib Ketua Pemuda BN Negeri, Jason Loo kepada Pembantu Penerangan Kerajaan DAP Negeri, Danny Ooi Eng Keat, selepas Jason dihalang memasuki KOMTAR untuk berjumpa secara terus dengan Guan Eng.
Dokumen itu adalah dokumen yang digunakan BN Pulau Pinang sebagai rujukan dalam memberi kenyataan balas berhubung projek mega dianggarkan bernilai RM6.3 bilion itu.
"Dokumen ini mengandungi beberapa kenyataan dikemukakan Guan Eng berhubung projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang dikumpul BN negeri, sejak 2013 lagi. Kita turut lampirkan beberapa kenyataan bercanggah dikemukakan beliau.
"Guan Eng kini dilihat seolah-olah hilang punca ketika memberi jawapan balas kepada pelbagai perkara berbangkit mengenai isu ini. Justeru, beliau wajar merujuk dokumen ini untuk mengimbau kembali memori lampaunya," katanya dipetik Berita Harian.
Ujarnya, tindakan itu bertujuan memberi peluang kepada Guan Eng membuat rujukan semula susulan Setiausaha Agung DAP itu mengemukakan kenyataan bercanggah berhubung projek terbabit.
Pada masa sama, Jason turut memulangkan kembali tiga salinan asal surat tuntutan guaman dikemukakan Guan Eng ke atasnya, berhubung isu penjualan tanah di Jalan Peel di sini, bagi pembinaan projek mega Medical City.
"Ia bagi memastikan Guan Eng dapat meneliti semula surat ini dan merangka tindakan lanjut selepas pihaknya masih gagal memberi sebarang maklum balas berkaitan tuntutan terbabit, sejak ia dikemukakan masing-masing pada 23 Jun dan 17 Julai lalu," katanya lagi.
Demikianlah Artikel Terowong dasar laut: BN serah dokumen untuk 'rujukan' Guan Eng
Sekianlah artikel Terowong dasar laut: BN serah dokumen untuk 'rujukan' Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Terowong dasar laut: BN serah dokumen untuk 'rujukan' Guan Eng dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/terowong-dasar-laut-bn-serah-dokumen.html