Judul : Tiada rundingan dengan PAS, cuma propaganda PRU14 - PKR
link : Tiada rundingan dengan PAS, cuma propaganda PRU14 - PKR
Tiada rundingan dengan PAS, cuma propaganda PRU14 - PKR
Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Tiada lagi rundingan sulit antara parti itu dengan PAS di Selangor selepas parti Islamik itu secara rasmi memutuskan tahaluf siyasi dengannya pada April tahun lalu, tegas Naib Presiden PKR Prof Dr Shaharuddin Badaruddin.
Menurut Shaharuddin, isu tersebut sengaja diwujudkan bagi menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ahli.
Selain tidak menolak ia merupakan satu propaganda yang diada-adakan tatkala pilihan raya umum (PRU) akan tiba tidak lama lagi.
"Bagi saya semuanya propaganda sebelum pilihan raya sahaja.
"Tidak ada, saya rasa bila PAS dah memutuskan bahawa dia mahu bersendiri dalam pilihan raya. Maka urusan perbincangan sulit atau tidak sulit diantara PKR dengan PAS dengan sendirinya telah tiada lagi, jadi itu cuma khabar angin," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Terdahulu, bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha mendakwa kerajaan PKR Selangor masih melakukan rundingan dengan PAS negeri itu bagi membentuk kerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Norman berkata, perbincangan diketuai Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan beberapa pemimpin PAS negeri itu dilakukan tanpa pengetahuan pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain.
Bagaimanapun, perkara itu lantas disangkal oleh Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad yang memaklumkan bahawa kepemimpinan PAS Selangor tidak pernah membuat sebarang rundingan dengan kerajaan negeri PKR sejak tahaluf siyasi antara kedua-dua parti itu dibatalkan.
Malah, Iskandar yang juga merupakan ADUN Chempaka di Selangor menganggap dakwaan Norman itu sekadar mahu melagakan serta menjejaskan keharmonian kepemimpinan PAS Selangor.
Mengulas dakwaan Norman itu, Shaharuddin kemudiannya mempersoal apakah kredibiliti dan kuasa Norman untuk mencetuskan 'cerita' sedemikian, memandangkan individu itu sudah tidak lagi berada dalam kepimpinan PAS di negeri itu.
Tegasnya sekali lagi, kedua-dua parti itu sememangnya tidak lagi melakukan apa-apa rundingan diantara mereka, malah PH juga telah membuat rundingan kerusi untuk mereka pertandingkan pada PRU14, tanpa PAS.
"Norman Toha itu siapa? Adakah authority (kuasa) baginya PAS ke ataupun orang yang telah tiada dalam PAS? Jadi kena tengoklah authority dia tu.
"Kalau yang cakap itu adalah pesuruhjaya PAS, atau Pengerusi MPN Kerajaan Negeri, itu okaylah, tapi masalahnya orang yang bercakap (Norman) tiada authority.
"Kita sudah tekad membahagi-bahagikan kerusi diantara Pakatan Harapan sama ada di peringkat pusat ataupun diperingkat negeri, parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), dan kita juga lihat PAS memang mahu bergerak secara bersendirian jadi perbincangan apa yang akan berlaku?," katanya lgi.
PAS pada penghujung April tahun lalu ketika Muktamar tahunannya mengumumkan untuk memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR.
Keputusan tersebut menyebabkan akan berlakunya pertembungan kerusi dengan PKR yang menganggotai PH bersama DAP, Amanah dan PPBM.
PAS kini bergerak bersama Gagasan Sejahtera dan di Selangor, parti itu telah mengumumkan bakal bertanding di 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan seterusnya bersedia mewujudkan pertembungan tiga penjuru pada PRU14 kali ini.
Demikianlah Artikel Tiada rundingan dengan PAS, cuma propaganda PRU14 - PKR
Sekianlah artikel Tiada rundingan dengan PAS, cuma propaganda PRU14 - PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiada rundingan dengan PAS, cuma propaganda PRU14 - PKR dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/tiada-rundingan-dengan-pas-cuma.html