Judul : Warga emas maut dipukul adik ipar
link : Warga emas maut dipukul adik ipar
Warga emas maut dipukul adik ipar
ANTARAPOSKINABATANGAN: Seorang warga emas maut selepas dipercayai dipukul berulang kali oleh adik iparnya dalam kejadian di rumah pekerja Ladang Menanggol, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi mangsa yang berusia 60 tahun dipercayai tidur di ruang tamu rumah, sebelum adik iparnya yang berusia 41 tahun pulang ke rumah dalam keadaan mabuk, selepas meraikan sambutan tahun baru.
Suspek dipercayai mengambil kayu di luar rumah, dan memukul mangsa menggunakan kayu berulang kali di kepala dan kaki.
Difahamkan, berlaku pergaduhan antara suspek dan mangsa seminggu sebelum kejadian, di mana suspek mengancam abang iparnya dengan parang. Pergaduhan itu bagaimanapun dapat diselesaikan oleh pekerja lain.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata suspek ditangkap di Pejabat Ladang Gomantong pada jam 2.35 petang, semalam.
Katanya, polis juga sudah menemui kayu berukuran antara 30 hingga 60 sentimeter yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.
"Pemeriksaan awal polis menemui dua kesan luka di kepala dan lebam pada mata mangsa.
"Mangsa sudah dihantar ke Hospital Duchess of Kent, di Sandakan untuk proses bedah siasat," katanya di sini, pagi ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Demikianlah Artikel Warga emas maut dipukul adik ipar
Sekianlah artikel Warga emas maut dipukul adik ipar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Warga emas maut dipukul adik ipar dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/warga-emas-maut-dipukul-adik-ipar.html