Judul : Zamihan dicabar berdebat isu haram undi DAP
link : Zamihan dicabar berdebat isu haram undi DAP
Zamihan dicabar berdebat isu haram undi DAP
AKHBAR RAKYATKetua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Negeri Perlis, Syed Araniri Syed Ahmad Al Idrus mencabar Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin berdebat dengan beliau pada bila-bila masa dalam isu haram undi DAP seandainya Zamihan masih lagi mempertahankan dakwaan beliau.
Menurut Syed Araniri lagi, beliau ingin mempertahankan kesucian agama Islam kerana ia telah sengaja dipolitikkan oleh Presiden Aswaja tersebut.
“Persoalannya adakah apa yang dinyatakan oleh Zamihan adalah fatwa Aswaja atau pendirian beliau sendiri.
“Selain itu perkataan ‘haram jadah’ yang dizahirkan adalah tidak sesuai diucapkan oleh seorang yang bergelar agamawan.
“Sepatutnya beliau tidak membuat perbandingan dengan mana-mana parti politik dan harus menyatakannya secara umum,” jelas beliau lagi.
Malah soalnya, kenapa pula Zamihan tidak menyebut mengenai MCA, Gerakan maupun MIC apabila membuat kenyataan tersebut.
Syed Araniri yang berkelulusan Universiti Islam Madinah dan memiliki latar belakang pengajian Sarjana Sosial Islam turut berkata, apa yang cuba dilakukan oleh Presiden Aswaja tersebut adalah bagi mendapat pengaruh Perdana Menteri.
Sebelum ini Zamihan ketika wawancara bersama sebuah portal, telah mendakwa haram untuk umat Islam mengundi DAP kerana parti itu menolak hukum hakam Islam termasuklah membantah usaha Pas meminda Akta Mahkamah Syariah 1965.
Dalam dakwaan tersebut juga beliau menyatakan sekiranya jelas DAP bertentangan dengan Islam dan anti Islam, adalah haram bagi umat Islam menyokong aspirasi perjuangan DAP.
Selain itu beliau juga mendakwa, haram mengundi, haram menyokong, haram membantu dan banyak-banyak benda haram itu kesimpulannya haram jadah.
“Saya mencabar beliau sebagai individu dan ilmuan agama untuk mengadakan debat.
“Terserah kepadanya untuk menentukan tarikh, masa dan tempat yang ditentukan oleh beliau.
“Perdebatan ini harus dilakukan bagi menjelaskan kedudukan perkara sebenar agar masyarakat tidak keliru dengan dakwaan yang telah dibuat oleh beliau sebelum ini,” tegasnya lagi
Demikianlah Artikel Zamihan dicabar berdebat isu haram undi DAP
Sekianlah artikel Zamihan dicabar berdebat isu haram undi DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zamihan dicabar berdebat isu haram undi DAP dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/zamihan-dicabar-berdebat-isu-haram-undi.html