Judul : 320 mangsa banjir di Sarawak setakat 8 pagi
link : 320 mangsa banjir di Sarawak setakat 8 pagi
320 mangsa banjir di Sarawak setakat 8 pagi
ANTARAPOSKUCHING: Keadaan hujan lebat yang berterusan sejak semalam menyebabkan air naik, dengan seramai 320 orang mangsa banjir daripada 68 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan sehingga jam 8 pagi hari ini.
Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak berkata, kesemua mangsa dari tiga bahagian iaitu Kuching, Samarahan dan Serian.
“Kawasan terjejas di Kuching melibatkan Kampung Sungai Batu dengan 35 mangsa, Kampung Buntal Lot (125 mangsa) dan Kampung Sungai Laru (121 mangsa).
“Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara dibuka iaitu di Surau Ar Rahman, Masjid Darul Mustaqin Kampung Buntal dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tabuan Jaya,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, bahagian Samarahan pula mempunyai satu pusat pemindahan sementara di Dewan Pembangunan Sebuyau bagi 23 mangsa dari Kampung Baru Sebuyau.
Demikianlah Artikel 320 mangsa banjir di Sarawak setakat 8 pagi
Sekianlah artikel 320 mangsa banjir di Sarawak setakat 8 pagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 320 mangsa banjir di Sarawak setakat 8 pagi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/320-mangsa-banjir-di-sarawak-setakat-8.html