Azmin dakwa Amanah Selangor menipu, tak amanah

Azmin dakwa Amanah Selangor menipu, tak amanah - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin dakwa Amanah Selangor menipu, tak amanah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin dakwa Amanah Selangor menipu, tak amanah
link : Azmin dakwa Amanah Selangor menipu, tak amanah

Baca juga


Azmin dakwa Amanah Selangor menipu, tak amanah

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
RAWANG: Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membidas Amanah negeri itu sebagai menipu serta tidak amanah kepada rakyat.
 
Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata Amanah sepatutnya memberitahu umum bahawa Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Selangor negeri itu sudah bermesyuarat empat kali begi membincangkan isu agih kerusi.
 
"Amanah menipu. Apa yang Dr Mahathir kata adalah tiada jawatankuasa khas. Apa yang Dr Mahathir (Mohamad) kata adalah kita ada jawatankuasa yang ditubuhkan seperti negeri lain dan kita telah berjumpa empat kali.
 
"Amanah tidak berkata benar. Amanah tidak amanah. Kami sudah berjumpa empat kali kecuali nama jawatakuasa itu sebelum ini 'Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri Selangor’ sekarang mereka mahu ubah kepada ‘Jawatankuasa Pengagihan Kerusi’, ahli jawatankuasa masih sama,” katanya kepada pemberita, di sebuah majlis di Masjid Taman Tun Teja, Rawang, hari ini.
 
Amanah Selangor sebelum ini mendesak agar PKR Selangor terutama Azmin agar patuh pada pengumuman Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad agar ditubuhkan satu jawatankuasa khas berhubung isu agih kerusi.
 
Ia susulan Pengarah Pilihan Raya PH Selangor, Dr Xavier Jayakumar bertegas mahu meneruskan rundingan itu menerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor - yang sudah mengadakan empat kali mesyuarat.
 
Perkara itu dibantah tiga parti komponen PH yang lain Amanah, PPBM dan DAP seraya mahukan satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk tujuan itu.
 
Azmin dalam pada bertegas mahu meneruskan rundingan agih kerusi sehingga keempat-empat parti komponen PH di Selangor mendapat konsensus.
 
“Kita sudah berjumpa empat kali bukan hanya untuk berbincang dengan pembahagian kerusi, tetapi juga isu lain berkaitan persediaan Pilihan Raya Umum ke-14.
 
“Sudah tentu rundingan kerusi adalah salah satu isu utama yang dibincangkan dalam jawatankuasa, tetapi malangnya kami belum capai konsensus empat parti dan saya rasa proses itu perlu diteruskan (sehingga capai konsensus),” kata Azmin.
 
“Jadi adil di Selangor, awak mahu tetapkan tarikh akhir atau awak mahu proses itu diteruskan hingga kita capai konsensus? Saya ingat kedua-duanya penting?” katanya.
 
Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim sebelum ini memberitahu Antarapos, PH Selangor diberi tempoh sehingga 7 Februari untuk memuktamadkan agihan kerusi, selepas gagal berbuat demikian pada 31 Januari lalu.
 
 


Demikianlah Artikel Azmin dakwa Amanah Selangor menipu, tak amanah

Sekianlah artikel Azmin dakwa Amanah Selangor menipu, tak amanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin dakwa Amanah Selangor menipu, tak amanah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/azmin-dakwa-amanah-selangor-menipu-tak.html

Subscribe to receive free email updates: