BAFIA : Rafizi Dipenjara 30 Bulan

BAFIA : Rafizi Dipenjara 30 Bulan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BAFIA : Rafizi Dipenjara 30 Bulan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BAFIA : Rafizi Dipenjara 30 Bulan
link : BAFIA : Rafizi Dipenjara 30 Bulan

Baca juga


BAFIA : Rafizi Dipenjara 30 Bulan



SHAH ALAM: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah mendedahkan maklumat perbankan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA), enam tahun lepas.

Hakim Zamri Bakar turut menjatuhkan hukuman sama terhadap bekas kerani bank, Johari Mohamad selepas didapati bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Zamri menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pembelaan Mohd Rafizi dan Johari gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan selepas membenarkan permohonan peguam Latheefa Koya yang mewakili Johari dan peguam Ahmad Nizam Hamid yang mewakili Mohd Rafizi.

Menurut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang itu tidak layak menjadi calon sekiranya dijatuhi hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan di bawah artikel sama, seseorang wakil rakyat boleh hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen sekiranya dijatuhi hukuman sama.

Mohd Rafizi, 41, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC), National Meat.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012.

Mohd Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Johari, 47, juga mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi pada tarikh dan alamat yang sama. Dia didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) BAFIA, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta sama.– BERNAMA



Demikianlah Artikel BAFIA : Rafizi Dipenjara 30 Bulan

Sekianlah artikel BAFIA : Rafizi Dipenjara 30 Bulan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BAFIA : Rafizi Dipenjara 30 Bulan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/bafia-rafizi-dipenjara-30-bulan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :