Judul : Bapa muda didakwa dera bayi perempuan
link : Bapa muda didakwa dera bayi perempuan
Bapa muda didakwa dera bayi perempuan
ANTARAPOSTAIPING: Seorang pekerja kantin kilang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan mendera bayi perempuannya yang berusia enam bulan pada 2 Februari lalu.
Mohamad Amirul Asnil Mat Pandir, 21, didakwa melakukan perbuatan itu di alamat 82 Kampung Paya Baru, Kamunting di sini kira-kira jam 3 petang, 2 Februari lalu.
Akibat perbuatan itu, mangsa, Nur Khayra mengalami pendarahan dalam otak.
Mohamad Amirul Asnil dituduh mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.
Bagaimanapun bapa muda itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Che Noralashiken Abd Razak.
Pertuduhan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Safiyatun Ahmadun manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pihak pendakwaan kemudian memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh sebelum Mohamad Amirul Asnil meminta jaminan dikurangkan.
Hakim Che Noralashiken mengekalkan jaminan yang dicadangkan pihak pendakwaan dan menetapkan 21 Mac ini bagi sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia, dipercayai akibat didera, ketika dirawat di Hospital Taiping (HT) pada 5 Februari lalu.
Nur Khayra disahkan meninggal dunia jam 7.30 pagi ketika dirawat di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) hospital berkenaan.
Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Mohamad Taib sebelum ini dilaporkan berkata, bayi berkenaan sebelum itu dihantar ke Hospital Taiping jam 6.30 petang 2 Februari lalu selepas dikatakan pengsan akibat terjatuh buaian di rumahnya.
Berdasarkan laporan yang dibuat doktor yang merawat mangsa, bayi berkenaan sudah tidak sedar diri ketika dibawa ke hospital dan apabila doktor bertanyakan kepada ibu bapa bayi itu mereka memberitahu bayi terbabit jatuh dari buaian.
Demikianlah Artikel Bapa muda didakwa dera bayi perempuan
Sekianlah artikel Bapa muda didakwa dera bayi perempuan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bapa muda didakwa dera bayi perempuan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/bapa-muda-didakwa-dera-bayi-perempuan.html