Judul : DAP Dominan Dalam Mesyuarat Pembahagian Kerusi PH Selangor
link : DAP Dominan Dalam Mesyuarat Pembahagian Kerusi PH Selangor
DAP Dominan Dalam Mesyuarat Pembahagian Kerusi PH Selangor

Walaupun mesyuarat pembahagian kerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor dipengerusikan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin, namun DAP dilihat dominan dalam mesyuarat tersebut.
LDalam mesyuarat itu, DAP diwakili oleh empat tokoh pimpinan parti negeri iaitu Gobind Singh Deo (Timbalan Pengerusi DAP Selangor), Ean Yong Hian Wah (Setiausaha DAP Selangor), Lee Kee Hiong (Pengarah Pendidikan Politik DAP Selangor) dan Dr Abdul Aziz Bin Bari (Ahli Jawatan DAP Selangor yang dilantik).
Berbanding dengan PKR, diwakili oleh Zuraida (Timbalan Pengerusi PKR Selangor), Dr. Xavier Jayakumar (Naib Pengerusi 1 PKR Selangor) dan Hee Loy Sian (Naib Pengerusi 2 PKR Selangor).
Bercakap kepada pemberita, Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh berkata PH Selangor telah berjaya menyelesaikan rundingan 35 daripada 56 kerusi DUN dalam mesyuarat pembahagian kerusi hari ini.
Gobind berkata, rundingan yang berjaya diselesaikan adalah kerusi asal yang ditandingi PKR, DAP dan Amanah pada pilihan raya umum ke-13.
“Untuk kerusi-kerusi yang tidak ada masalah (yang dimenangi DAP, PKR dan Amanah PRU 13), kita boleh terus, kita boleh selesaikan, (iaitu) kerusi-kerusi dulu.
“Tetapi ada di antara kerusi-kerusi yang tuntutan dibuat oleh lebih daripada satu parti, ada kalanya dua parti dan ada kalanya tiga parti, ada kalanya empat parti.
“Jadi apa yang kita lakukan kita sudah senaraikan kerusi-kerusi yang tuntutan bertindih dan untuk kerusi-kerusi itu terpulang kepada berapa pihak yang menuntut, kita adakan perbincangan bersama dengan parti-parti itu secara berasingan dulu, ” katanya.
Pada PRU13, DAP memenangi 15 kerusi, PKR (14) dan Amanah (2-kerusi asalnya daripada PAS), walau bagaimanapun bilangan kerusi DAP dan PKR berkurang 1 kerusi apabila Loh Chee Heng keluar parti dan Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat parti.
Berdasarkan keputusan mesyuarat hari ini, kerusi-kerusi yang pernah dimenangi DAP, PKR dan Amanah akan ditandingi semula oleh calon-calon parti berkenaan, namun hanya empat daripada 25 kerusi yang melibatkan tuntutan bertindih, berjaya diselesaikan.
Empat kerusi itu ialah kawasan yang sekarang diwakili UMNO dan PAS.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Amanah Selangor Saari Sungib berkata partinya menuntut 18 lagi kerusi DUN, menjadikan bilangan kerusi DUN yang dipohon berjumlah 20 kerusi.
Saari berkata Amanah sedia berunding dan melepaskan 4 atau 5 kerusi DUN kepada PPBM sahaja tetapi tidak kepada parti lain.
“Secara prinsipnya, kita bertanding untuk menggantikan PAS. Kita akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi PAS,” katanya.
Menurut Saari, 4 parti komponen PH iaitu PPBM, PKR, DAP dan Amanah berebut kerusi-kerusi PAS dan BN terutamanya kerusi DUN Lembah Jaya, yang ketika ini dipegang Adun PAS Khasim Abdul Aziz.
DUN Lembah Jaya menjadi tumpuan kerana pola pengundi yang bercampur. PAS memenangi Lembah Jaya pada PRU ke-13 lalu dengan majoriti 8,713 undi.
Mesyuarat pembahagian kerusi ini akan diteruskan esok, 3.00 petang.
LIHAT VIDEO DI SINI
Demikianlah Artikel DAP Dominan Dalam Mesyuarat Pembahagian Kerusi PH Selangor
Sekianlah artikel DAP Dominan Dalam Mesyuarat Pembahagian Kerusi PH Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP Dominan Dalam Mesyuarat Pembahagian Kerusi PH Selangor dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/dap-dominan-dalam-mesyuarat-pembahagian.html