DBKL: Tiada disiplin sebab sampah masih dicampak di PPR Sri Pantai

DBKL: Tiada disiplin sebab sampah masih dicampak di PPR Sri Pantai - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DBKL: Tiada disiplin sebab sampah masih dicampak di PPR Sri Pantai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DBKL: Tiada disiplin sebab sampah masih dicampak di PPR Sri Pantai
link : DBKL: Tiada disiplin sebab sampah masih dicampak di PPR Sri Pantai

Baca juga


DBKL: Tiada disiplin sebab sampah masih dicampak di PPR Sri Pantai

ppr1
Gerak kerja kontraktor membersihkan kawasan perumahan rakyat (PPR) Sri Pantai, Pantai Dalam.

KUALA LUMPUR: Segelintir penghuni PPR Sri Pantai di Pantai Dalam masih mencampak sampah dari tingkat atas pangsapuri program perumahan rakyat (PPR) itu kerana kurang disiplin dan kesedaran, kata seorang pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti Wan Ghazali Nor berkata DBKL mengadakan program kesedaran termasuk gotong royong setiap hujung minggu, namun masih ada penduduk membuang sampah sewenang-wenangnya.

Beliau berkata demikian selepas media mendapati jaring keselamatan yang dipasang untuk melindungi penghuni dan pengunjung PPR Sri Pantai dipenuhi sampah, walaupun selepas seorang penghuni maut apabila ditimpa kerusi yang dipercayai dibuang dari tingkat atas pangsapuri itu.

“Kita sudah tingkatkan pemantauan rapi dengan mengambil pelbagai tindakan seperti memasang jaring keselamatan, adakan program tingkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk, adakan gotong royong setiap hujung minggu dan menukar kontraktor pembersihan yang baharu.

“Namun perlu seiring dengan sikap penduduk. Jika tidak berubah, bukan sahaja mengancam kebersihan persekitaran tetapi boleh mengancam keselamatan penduduk,” katanya kepada FMT.

ppr2

Antara jaring keselamatan hampir siap dipasang di Projek Perumahan Rakyat PPR Sri Pantai.

Media melaporkan rata-rata penduduk berpuas hati dengan pemasangan jaring tersebut tetapi kecewa dengan sebilangan penduduk yang masih membuang sampah dari tingkat atas.

Wan Ghazali berkata DBKL sentiasa memantau namun akui sukar mengesan pelaku yang membuang sampah dari tingkat atas.

Beliau bagaimanapun berkata keadaan sekarang lebih baik berbanding dahulu, dengan adanya kerjasama daripada ketua blok, ketua tingkat dan persatuan penduduk.

“Setakat ini banyak perubahan. Sejak gerak kerja ini banyak perubahan. Memang kalau kita dapat bukti sahaja, kita memang ambil tindakan tegas kepada penghuni yang membuang sampah merata.
“Kalau disabit kesalahan boleh dikenakan denda RM2,000,” katanya.

Baru-baru ini, DBKL dilaporkan akan memasang litar kamera tertutup (CCTV) bagi mencegah perbuatan mencampak sampah dari tingkat atas pangsapuri.

Dalam kejadian kira-kira 8.10 pada 15 Januari lalu mangsa S. Sathiswaran, 15, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tindakan akan diambil ke atas individu yang bertanggungjawab mencampak kerusi dari tingkat atas pangsapuri PPR Seri Pantai di Pantai Dalam hingga menyebabkan kematian seorang remaja lelaki.



Demikianlah Artikel DBKL: Tiada disiplin sebab sampah masih dicampak di PPR Sri Pantai

Sekianlah artikel DBKL: Tiada disiplin sebab sampah masih dicampak di PPR Sri Pantai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DBKL: Tiada disiplin sebab sampah masih dicampak di PPR Sri Pantai dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/02/dbkl-tiada-disiplin-sebab-sampah-masih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :